""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""
Showing posts with label Personaliti. Show all posts
Showing posts with label Personaliti. Show all posts

Friday, December 28, 2007

PERSONALITY TEST ...

PERSONALITY TEST

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..hasilnya..

2 : Lembut
8 : Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna. Waallahu'alam...

Wednesday, December 12, 2007

WARNA & KAREKTOR:

WARNA & KAREKTOR:

Percaya atau tidak, warna mampu menterjemahkan sesuatu perasaan dan mewakili cita rasa keperibadian seseorang. Malah, warna juga dikatakan mampu mentafsir kelebihan dan seseorang seperti kuat cemburu, berhati lembut dan kuat penggoda!
Berikut adalah kumpulan warna dan terjemahan maksud di sebalik kesan pembawaan kepada pemakainya dari sudut positif dan negatif.

MERAH JAMBU:
Positif: - Memiliki karektor tegas dan jujur.
- Suka membantu orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

Negatif:- Tidak suka dibantah dan suka mendesak dalam memenuhi kehendak sendiri.

MERAH:
Positif: - Karektor keberanian,jujur,bersikap terbuka,berdisplin dan tegas.
- Ingin menjadi pusat perhatian dan secara tidak langsung gemar untuk mencuba apa saja.
- Periang dan suka memberi serta menerima kasih sayang.

Negatif:
- Pendendam, tamak dan mudah tersinggung.

KUNING:
Positif:
- Membawa eleman halus dan lembut.
- Memiliki sifat kasih sayang,bersopan santun dan personaliti yang ceria
- Berfikiran positif dan pesona luar biasa.
- Sangat setia pada pasangan.

Negatif:
- Mudah menangis dan cepat mengaku kalah.
- Sikap aggresif kadang-kala membuatkan pasangan tidak selesa.

HIJAU:
Positif:
- Tekun dalam semua perkara dan jujur dalam bekerja.
- Sukakan kedamaian dan kehormanian serta pencipta ilmu.

Negatif:
- Mudah tertipu dan kadangkala pendirian teguh membuatkan anda bersifat ortodok.

COKLAT:
Positif:
- Jika penggemar warna ini adalah wanita, dia kaya dengan sifat keibuan.
- Begitu merendah diri dan halus budi pekerti.
- Anda juga gemar menambah ilmu di dada.

Negatif:
- Mudah mempercayai orang lain dan senang untuk dipujuk.

HITAM:
Positif:
- Baik hati, prihatin dan cekal meniti hari mendatang.
- Matang dan tidak mudah dipengaruhi orang lain serta setia pada pasangan.

Negatif:
- Mudah tersinggung
- Suka menyendiri.

KELABU
Positif:
- Suka merendah diri dan mudah mengikut kata.
- Tenang dan mudah mengalah demi kebahagian orang lain.

Negatif:
- Sensitif, mudah menangis dan ada sifat pemalas.

JINGGA:
Positif:
- Bersikap jujur,rajin bekerja dan bercita-cita tinggi.

Negatif:
- Mudah mengalah dengan tekanan dan suka menangis.

BIRU:
Positif:
- Aura kesejukan yang dibawa warna ini menjadikannya warna kegemaran ramai.
- Cintakan kedamaian.
- Pandai menyimpan wang dan harta benda.
- Personaliti yang disukai ramai.

Negatif:
- Terlalu memaksa orang lain dengan kehendak anda.
- Kadang-kala mempunyai sifat angkuh.


Sumber: www.bharian.com



Ucu Lina: Apapun pilihan warna kegemaran anda, tak kisah la asalkan anda bahagia...Kalu nak p temuduga tu pilihlah warna yang sesuai supaya nampak anda OK... Yang baik jadi amalan dan yang buruk jangan disimpan, buang terus...Baru anda selamat dunia & akhirat.

Friday, October 19, 2007

Menangis: Sensitif atau lembik?


Oleh Salina Abdullah

JARANG-JARANG rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata tetapi hakikatnya, mereka juga menangis. Mungkin ramai lelaki, yang egonya keterlaluan, menafikannya kenyataan ini tetapi usahlah membuang masa, sudah terang lagi mahu bersuluh, lelaki juga menangis!

Ramai lelaki tidak mahu mengakui yang hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, senang terasa sebak lalu menitiskan air mata kerana kononnya lelaki yang menangis, tidak macho (tidak jantan). Relevankah?

Cuba kita perhatikan sekeliling, tidak perlu jauh, perhatikan bapa atau datuk, abang juga adik lelaki, paling tidak teman lelaki atau suami, betapa mudah juga mereka berasa sebab, menitiskan air mata, petanda mereka juga manusia biasa, tiada yang luar biasa, ada emosi, punya rasa.

"Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada saya mereka 'bodoh'. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian.

"Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan," kata Azhar Khairuddin, 46.

Azhar yang bertugas sebagai Pengarah Urusan mengakui dia seorang lelaki yang amat mudah menitiskan air mata.
Hal membabitkan kanak-kanak juga orang tua amat mudah membuat hatinya tersentuh dan tanpa disedari air mata menitis membasahi pipi.

Bagi Azhar, sifatnya itu bukan sesuatu yang memalukan malah dia bangga berperasaan begitu kerana ia menandakan ia seorang manusia yang sensitif dan berhati perut.

"Kisah kanak-kanak didera dan orang tua yang dihantar ke pusat penjagaan orang tua paling mudah membuat saya sebak. Saya sering bertanya pada diri sendiri manusia bagaimana yang sanggup menganiaya dan mendera kanak-kanak begitu kejam dan anak bagaimana yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.

"Pada saya, jawapan mahukan ibu bapa mendapat penjagaan lebih baik di rumah orang tua langsung tidak boleh diterima. Kita sebagai anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa sampai bila-bila sebagaimana ibu bapa menjaga kita kalan senang mahupun susah," katanya yang pernah 'memukul' adiknya gara-gara meninggikan sedikit suara ketika bercakap dengan ibu satu ketika dulu.
Selain isu kanak-kanak dan orang tua, Azhar yang pernah mengetuai misi bantuan kemanusiaan pemuda Umno di Afghanistan beberapa tahun lalu, juga mudah tersentuh dalam perkara berkaitan semangat patriotisme.

Penulis yang juga mengikuti misi berkenaan bersama Azhar, menyaksikan 'kelembutan' hati beliau dengan mata kepala sendiri. Dalam semangat berkobar menyanyikan lagu Negaraku, air matanya meleleh membasahi pipi.

Satu perkara yang lebih menggelikan hati mengenai Azhar, dia juga tidak boleh mendengar apatah lagi menyanyikan lagu raya bertajuk Satu hari di Hari Raya nyanyian bertajuk M Nasir.

"Terutama liriknya yang berbunyi Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku, Ku gembira, Mungkin inilah dia kebahagiaan, ia benar-benar menyentuh hati saya," katanya yang juga menitiskan air mata tiap kali takbir raya bergema.

Jurutera, Rashdan Rosli, 37, juga seperti Azhar. Tidak langsung terfikir kelelakiannya tercabar hanya kerana tidak lokek menitiskan air mata.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sensitif, Rashdan bukan saja menangis ketika sedih malah saat gembira juga mampu membuatkan beliau menitiskan air mata.

"Saya menangis sedih paling teruk ketika datuk meninggal dunia pada 1997 dulu. Saya amat rapat dengannya dan pemergiannya membuatkan saya rasa kehilangan sesuatu yang amat berharga.

"Saya juga menangis gembira ketika lulus ujian kejuruteraan dulu. Terlalu gembira. Kesimpulannya, tidak bermakna apabila lelaki menangis, lelaki itu tak kuat, tak 'jantan', tak macho, cuma hati tersentuh dengan sesuatu kejadian," katanya yang mudah menitiskan air melihat kanak-kanak dianiaya dan didera.

Nyata Azhar dan Rashdan manusia normal jika melihat pada penjelasan pakar psikiatri University of Minnesota, Dr William Frey seperti dipetik daripada Wikipedia.

Katanya, dalam soal menangis, tiada beza antara lelaki dan wanita. lelaki dan wanita mengalami tekanan emosi yang serupa dan lelaki seperti wanita juga berhak untuk menangis supaya jiwanya tidak tertekan.

Cuma, katanya, lelaki sengaja menahan air matanya supaya tampak perkasa dan jantan. Ia berkaitan dengan cara didikan. lelaki diajar tidak boleh menangis, mereka harus menahan rasa sedih dan menitiskan air mata.

"Kalau perempuan menangis, ia perkara biasa. Anggapan ini semua hanyalah satu budaya, yang diamalkan turun-temurun. Hakikatnya, lelaki juga menangis apabila berlaku sesuatu yang menyentuh hati mereka. Malah, dalam keadaan tertentu, mereka boleh menangis tersedu-sedu seperti anak kecil," katanya.

Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebak di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah.

Sumber: www.bharian.com.my

INFO: Menangis

Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan 'tangisan yang berkesan', memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.

Sumber: www.emotionalprocessing.org.uk