""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Friday, May 23, 2008

Renungan

Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya.
(Imam Syafi'i r.a)

Tuesday, May 13, 2008

Perjuangan

DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN,

GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn,

MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn,

WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi,

kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM...


Ucu Lina: Terima kasih kepada Shida,diatas kata-kata semangat ini....



~~KeBiJaKsaNaaN~~

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir

bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak

itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang

pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.

*moral of the story..Amin lg bijak dari cikgu..


Ucu Lina: Jangan sangka budak kecik tak pandai ilmu tauhid. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutama kakak & abang ipar saya.Terlupa pula tema hari guru tahun ni...???



Tuesday, March 11, 2008

Tugas rakyat untuk wakil rakyat....

Tugas Rakyat

Teruskan menegur dengan hemah setiap kesilapan yang dilakukan agar semua yang menang sentiasa berada di landasan yang betul. Sabda Nabi :-

إذا أَرَادَ الله بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ له وَزِيرَ صِدْقٍ إن نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وإذا أَرَادَ الله بِهِ غير ذلك جَعَلَ له وَزِيرَ سُوءٍ إن نَسِيَ لم يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لم يُعِنْهُ

Ertinya : "Apabila Allah inginkan bagi seseorang pemimpin itu kebaikan, akan dijadikan baginya menteri-menteri ( pegawai-pegawai) yang amanah, apabila pemimpin terlupa ia akan mengingatkan dan apabila pemimpin telah ingat, ia akan membantunya. Apabila Allah menginginkan kecelakaan bagi mereka, dijadikan baginya pemimpin yang jahat, apabila mereka lupa, tidak akan diingatkan dan di ketika mereka ingat, tidak akan dibantunya mereka (laksanakan tugas)" ( Riwayat Abu Daud, 3/131 ; Ibn Hibban ; Al-Bazzar , Al-Haithami : Perawi Bazzar sohih, Majma Az-Zawaid)

Sumber: www.zaharuddin.net


Ucu Lina: Tahniah kepada yang berjaya & yang tak berjaya terimalah dengan ketentuan Allah Taala dengan hati yang lapang. Tunggu 4 tahun lagi...

Thursday, February 21, 2008

Untuk Semua Sahabat...


" Apabila kau ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin dengan satu kelemahan,kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mungkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya. Andai kau inginkan sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu,kau mungkin akan menfitnahnya. Andai kau ingin teman,janganlah kerana sifat ceria,kerana andai dia tidak pandai menceriakan,kau mungkin akan mengalahkannya."

"Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan sempurna,kerana kau juga tidak sempurna. tidak ada siapa yang sempurna...."


Ucu Lina: Menjadi sahabat itu..perlukan gabungan jiwa yg mudah tersenyum dn mudah menangis..menjadi sahabat itu..perlukan gabungan keikhlasan dan kekuatan..menjadi sahabat itu perlukan gabungan kejujuran dan kebenaran...menjadi sahabat itu perlukan peringatan dan bukan mengalpakan..

Wednesday, February 20, 2008

DETIK-DETIK YG DINANTIKAN.......

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Wednesday, January 30, 2008

Cerpen" Disaat aku isthikarah"

Sahabatku menulis "Wahai rakan-rakan sekalian..
disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia...
tiada gunanya menyemai cinta... menagih cinta lelaki..
tatkala itulah hadirnya si dia... ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta...
orang yang mencintai Allah... mengajak aku untuk turut mencintaiNya..
sepenuh jiwa... kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt...
kerana diri si dia pembimbingku... Ikutilah kisah dibawah...
kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah....

Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini,
kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah...
Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga!
wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu...
yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..
hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"...
telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda...
Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian...
hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia,
tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku...
aku juga seorang wanita yang ingin disayangi,
ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki,
setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan!
Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan
aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!

Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan...
menemani kesepian hatiku yang merayu minta dipiisi
segera dengan kasih lelaki....!

Kepada Allah jua aku memohon,
jalanNya saja pilihanku! Ya Allah,
andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang
tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...
kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!


Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa,
berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu...
aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!

Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan...
sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" .
umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju...
di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!

Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima,
Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"...
Aku tidak memiliki handset sendiri...
jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual
dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu,
kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak...
sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!

"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan
suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta?
Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A",
hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"...
aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!"
aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya!

Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk
2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas...
Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut...
kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin
tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku...
tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang
kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu!
Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah
anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...
dimanakah suamiku!

Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya
keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku
sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul...

Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi
gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa
sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah
lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya, janggutnya... cahaya di wajahnya...
Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi..
. "Ya Allah... Dialah jodohku...!

Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya,
keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"

Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya
sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut
dalam cinta yang diperkenalkannya...

kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain
kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam...
Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi
koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...

Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham
bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara
ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini.
.. Moga ia kekal selamanya...

Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...!
Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu...
Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan
sehelai sejadah...

Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami"
...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...

Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti
hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna...
malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita
solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini...
di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati...
Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....

Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!
Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku...
dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..!


"Ya Allah..
Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...
Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka
satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"
Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini...
doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah
ini masih terbina kukuh... masih utuh...
Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!

Sumber: www.afizart.blogspot.com

Ucu Lina: Terima kasih kepada Idah diatas cerpen ini, semoga Allah memberkati dan merahmati rumahtangga kalian berdua...

This Man Is My Hero

Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah
Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

This man is my hero
For he's the light of guidance
And he should be yours too
And he should be yours too

He's our teacher and our prophet
He's our leader and our guide
He's the only one to follow
So we can attain paradise

We must aim to be like him
We should hold our heads up high
Where's our pride and where's our strength
Where's our love and where's our light

DOA UNTUK SAHABATKU...

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah...
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

AMIN

Sunday, January 27, 2008

Kerana Dia Manusia Biasa...

Email ini dipetik drpd seorang sahabat,
dan saya paparkan di blog ini utk manfaat
kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat..
.... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
mengemudi bahtera rumah tangga..Mengapa? Kerana Dia ManusiaBiasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allahhinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan.Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan.Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat,sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa,semoga ucapannya menjadi kenyataan.Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti,agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa.Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunyamempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.Beberapa kali saya telefon dia untukmenanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukanmasing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kaliMamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham
keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidakkami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu danimpian-impian kami. Wajah keriangannya nampakjelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku.Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepadasaya. Saya menerima HP dari tangannya.Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli
hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe.

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan
senyum.Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya.
Begini isi surat itu…......

************ ********* *********
********* ********* *********
*********
********* ********* ********* *********
********* ********* *********
********* ********* ********* *********
*******
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak
saya, calon menantu Ibu saya dan
calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Tapi saya mohon bacalah surat ini
hingga akhir. Baru kemudian silakan
dibuang atau dibakar, tapi saya mohon,bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ...
menginginkan anda ............ ...
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan
siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah
kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan
rezeki untuk mencukupi keperluan
isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya
akanterus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar
isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan
tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punyabanyak kelemahan dan beberapa
kelebihan. Saya menginginkan anda untukmendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikankelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan andasupaya membantu saya memupuk
danmerawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati.
Keranasaya tidak tahu suratan jodoh saya.Yang pasti saya akan berusaha sekuat
tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat
istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah
untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak
berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baikdari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
saya.Saya beri masa minima 1 minggu, maksima1 bulan. Semoga Allah ridho
dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********
********* ********* *********
*********
********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama.Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya.Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allahyang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa.Soalnya dia tidak tahu, apa yang akanterjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada.betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya.Khuatir kalu ada yang tau kami
belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar
nyaring diluar tembok. Kami salingberpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu
bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dandibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah
yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. HanyaAllah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuhkerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta duamanusia biasa, yang berusahamenggabungkannya agar menjadi cintayang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam


Ucu Lina: Tersentuh....

Wednesday, January 16, 2008

Hawa...



Darilah tenggelam di lautan rindu
Biarlah ku terbang ke puncak cinta
Harum ku puja bagai harum syurga
Memungkinkan sepasang sayap yang lain

Darilah tersungkur dicedera rindu
Biarlah ku hancur dimamah cinta
Harum kau hawa bagai harum syurga
Memungkinkan sekalung doa mustajab

Angan-angan menggunung sehingga ku terleka
Dalam senyumanmu aku tidak terkata
Angan-angan mendalam sehinggaku terlupa
Menghulurkan salam jadi kata pembuka

Selepas menghilang
Sinar pun gelap
Baru sinar berharga

secepat menghilang
sinar pun gelap
merindu cahaya

secepat menghilang
siang pun malam
baru siang bermakna

selepas menghilang
Siang pun malam
Baru cinta bersabda

Bagai hilang
Kau di mata
Baru kasih bergelora

Inna Allaha Jamil
Yuhibbul Jamal
Ad dunya mata’
Wa khairu mata’iha
Wanita Solehah

dari lagu Hawa: Muadz Dzulkefly Al Asr

Monday, January 7, 2008

If you think you are unhappy, look at them...

Frens,

Being happy is the priority of living,

If u wanna be sad,

Be sad for something thats really worth it .

if you think you are unhappy, look at them








if you think your job is tough, how about him?






if you think your salary is low, how about her?








when you feel like giving up, think of this man








"That which is beautiful is not always good; but that which is good is always beautiful"

Think about this

Ucu Lina: Thank Farrah, for your good motivation... Hope Allah bless you...THANK YOU ALLAH..







Wednesday, January 2, 2008

Sangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik…. Ada sangkaan buruk….
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relak disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai pakaian buruk disangka zuhud ( hina )
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
Kerana bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...

Satu benda yang kita lihat,macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya……


Ucu Lina: Bersangka baik , tak mau publish muka kat blog ni… takut timbul fitnah…bukan kerana lain..

Friday, December 28, 2007

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA....

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
Tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan
Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.


“ Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..

“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”

Friday, November 16, 2007

Mutiara Kata..


......KITA LAHIR KE DUNIA DENGAN PERJUANGAN....
.......KITA DILAHIRKAN UNTUK BERBAHAGIA.....

Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan




Thursday, November 8, 2007

TEKA -TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Sunday, November 4, 2007

MENCARI CINTA SEJATI


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya.
Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."( Surah Ali Imran ayat146)
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."( Surah Ali-Imran ayat134
)

Monday, October 22, 2007

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh


• 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

• 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

• 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

• 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

• 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

• 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

• 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

• 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

• 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

• 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

• 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

• 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

• 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Sunday, October 21, 2007

Islam is the way of life...



For more detail log on www.zaharuddin .net
Cat Stevens : How I Came To Islam