""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Sunday, November 4, 2007

MENCARI CINTA SEJATI


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya.
Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."( Surah Ali Imran ayat146)
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."( Surah Ali-Imran ayat134
)

No comments: