""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""
Showing posts with label Isu Dan Info. Show all posts
Showing posts with label Isu Dan Info. Show all posts

Monday, December 31, 2007

Mimpi hanya mainan tidur


BERTAHUN lamanya dia cuba merungkai mimpi yang dialami hampir setiap hari. Pening kepala dibuatnya. Sejak mula mengenali mimpi hingga ke usia belasan tahun, dia cuba mencari apakah `benda’ yang mengganggu lena tidurnya saban malam.

Memang hanya satu mimpi tapi mimpi itu hadir setiap hari dan membuatkannya sering resah gelisah. Mengapa ia harus mengganggu tidurnya setiap malam? Apakah mungkin mimpi cuba menyampaikan sesuatu kepadanya?

Satu hari, ketika berusia kira-kira 17 tahun, dia mendapatkan gambaran jelas mengenai mimpinya. Dia lemas terperangkap di dalam telur yang mentah, dikelilingi telur putih, dihimpit telur kuning yang likat dan berlendir.

Apakah maksudnya? Mungkinkah mimpi itu hadir kerana itulah kehidupannya yang sebenar, sering tersepit dan keliru atau sekadar satu mainan tidur? Apapun yang pasti, sejak `benda’ itu dikenal pasti, mimpi itu tidak pernah lagi menjenguk.

Pernahkah anda berhadapan perkara begini? Tidur malam diganggu oleh mainan mimpi yang adakalanya meresahkan atau anda biarkan mimpi berlalu untuk didatangi mimpi lain pada malam seterusnya?

Kenapa mimpi hadir? Seorang rakan, Yol, berkata adakalanya mimpi memberi kita petunjuk perjalanan kehidupan yang akan dilalui. Kerana itu, katanya, ada ketika, pada satu-satu masa dalam kehidupan sebenar, kita terasa-rasa seperti sudah melalui sesuatu keadaan itu...dejavu.

Saya tidak menafikan ada orang yang dikurniakan kelebihan mendapat petunjuk menerusi mimpi tapi yalah, kita pun tahu bukan sebarangan orang yang dikurniakan anugerah itu.

Entahlah tapi saya secara peribadi berpendapat mimpi - objek dan subjek, individu dan jalan cerita - sering hadir bila siangnya diri terlalu memikirkan objek, subjek, individu atau jalan cerita itu.

Lain padang, lain belalang, setiap orang ada pandangannya tersendiri mengenai kewujudan dan kehadiran mimpi. Malah, ada yang gemar mentafsir mimpi. Macam orang tua dulu-dulu, kalau mimpi dibelit atau dipatuk ular, tandanya ada orang nak masuk meminang. Kalau patah gigi, ada keluarga terdekat hendak meninggal. Betulkah?

Mungkin tak bila mimpi ular itu sebab siangnya kita banyak bercerita mengenai ular, tersempak dengan ular atau petandanya memang nak kena patuk dengan ular? Atau, mimpi patah gigi, sebab kita tengah sakit gigi. Sakitnya tak terperi, hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Kalau hendak ditafsirkan sesuatu mimpi, ditanya A, begini pandangannya, ditanya B, lain pula ceritanya. Boleh ada 1,000 versi rasanya dan kalau hendak bermimpi pun, tidak perlu menunggu malam hari. Siang-siang hari pun, mimpi menjenguk dan lebih parah, apabila bermimpi tanpa tidur.

Ini adik-beradik beranganlah namanya. Berkhayal. Tak hendak belajar tetapi mimpi hendak jadi pelajar terbaik; tak mahu bekerja dan berusaha tetapi mimpi hendak jadi kaya raya dan macam-macam lagilah benda yang diangankan tetapi tidak disertai usaha.

Lebih parah daripada mimpi yang hadir dalam tidur, bukan? Tiada faedahnya. Oleh itu, biarlah mimpi hadir daripada berangan tak sudah-sudah kerana mimpi hanya satu mainan tidur...satu kelebihan yang boleh dijadikan modal bercerita dengan rakan jika jalan ceritanya menarik atau mengerikan!!!

Selamat membaca...

Sumber:www.bharian.com.my

Ucu Lina: Semoga mimpi yang indah , jadi kenyataan pada tahun ini...dan mimpi yang buruk tidak menjadi realiti....SELAMAT TAHUN BARU 2008... TAHUN PERUBAHAN...Semoga Allah Taala memberi kita kekuatan menempuh segala rintangan hidup..dan melimpahkan rahmat dan hidayah kepada kita semua... AMIN..

Sunday, December 16, 2007

BANJIR O BANJIR....































Sumber :www.bharian.com.my

Ucu Lina: Teringat zaman kecik-kecik dulu, bila banjir mesti sronok....Bila dah besar, tiba musim banjir terasa khuatir & penat nak memunggah barang-barang. Alhamdullilah kat Kedah tak banjir lagi, kalau tidak penat la nak pindah barang. Semoga mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu & Johor tabah menghadapi musibah ini.

Friday, December 14, 2007

Tepung gandum dijual 11 peratus melebihi harga kawalan

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan tepung gandum kegunaan umum dijual lebih tinggi sehingga melebihi 11 peratus daripada harga kawalan.

Tinjauan di beberapa tempat di Pulau Pinang mendapati ramai peruncit menjual tepung gandum pada harga RM1.50 sekilogram dan bukannya RM1.35 sekilogram.
Akta Kawalan Harga 1946 (Semakan 1973) Seksyen 5(1) menyatakan sesiapa yang menjual barangan harga kawalan pada harga yang melebihi harga kawalan adalah menjadi satu kesalahan.
Peruncit mendapati sukar untuk mendapatkan bekalan tepung gandum daripada pemborong. Sesetengah peruncit berkata mereka terpaksa menunggu beberapa hari sebelum mereka mendapat stok baru tepung gandum, biasanya peruncit akan mendapat bekalan tepung gandun dalam tempoh satu atau dua hari sahaja.

Peruncit juga tidak mendapat stok sepertimana yang dikehendaki kerana apabila mereka memesan lima beg tepung mereka hanya mendapat dua beg sahaja daripada pemborong.
Oleh sebab itu CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan tegas ke atas pemborong dan peruncit tepung gandum serta memastikan bekalan yang mencukupi di pasaran.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris


Ucu Lina: Alhamdullilah raya Aidiladha, orang makan daging banyak kalau tidak belanja kuih raya meningkat la tahun ni....

Tuesday, December 11, 2007

Cara Buat Duit Diinternet

Terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-
1. Perniagaan Internet ( Hijau)
2. Program Internet (Oren)
3. Pelaburan Internet (Merah)

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk.
Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
· Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
· Perkhidmatan membina website
· Perkhidmatan memasang perisian.
· Perkhidmatan webhosting
· Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
· Menjual Tikar
· Menjual Alat Penjimatan Eletrik
· Menjual Buku
· Menjual Peta
· Menjual Model Kapal Terbang
· Menjual Menjual CD multimedia
· Menjual CadarProduk Digital
· Menjual Ebook
· Menjual Perisian-perisian
· Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
· Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
· Menjual video-video tutorial
· dan bermacam-macam lagi...
Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.).
Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali.
Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.

2) Program Internet
Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".
Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-
· Program Pengiklanan
o Google Adsense
o Text-Links-Ads
o Bidvertiser
o Nuffnang
o Advertlets
· Program Affiliate
o Clickbank
o Commision Junction
o PayDotCom
o Amazon.com
· Internet MLM
· Get Paid To Program
o Get Paid to Read Email
o Get Paid to Surf
o Get Paid to Survey
· Randomizer
· Forced Matrix
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh

Sumber: www.zaharuddin.net

Ucu Lina: Semoga anda semua dapat manafaat dari internet..Jgn guna untuk tipu org sudah le... Rugi kalau tak guna kemudahan yang ada untuk menambah pendapatan...

Friday, November 23, 2007

Tunjuk perasaan bantu ubah kemungkaran kepada kebenaran

Tunjuk perasaan merupakan satu cara menyatakan sikap terhadap sesuatu perkara yang mungkar supaya ia boleh diubah kepada kebenaran.
Ia amat penting dalam menyatakan kekuatan hak bagi menghentikan kezaliman golongan tertentu, agar mereka menginsafi segala kesalahan menggunung kepada satu keadaan yang memberangsangkan semua pihak.
Tunjuk perasaan diharuskan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Malah ada ketikanya ia menjadi wajib, sekiranya tiada cara lain untuk merubah kemungkaran yang dijana oleh pihak berkuasa atau pemerintah yang berkuasa di sesebuah negara melainkan dengannya.
Perkara ini juga pernah dilakukan oleh segelintir pada ulama pada zaman silam tanpa sebarang bantahan daripada pihak lain yang seakan-akan bersetuju dengan tindakan mereka itu.
Sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.
Menyatakan perkataan yang benar adalah wajib, perkara ini telah ditegaskan oleh Allah SWT menerusi ayat 70-71 surah al-Ahzab yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berkata dengan perkataan yang benar. Nescaya (dengannya) Allah akan memperbaiki amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.

Kesan tunjuk perasaan terhadap musuh
Ini pernah terjadi pada tunjuk perasaan pertama antara barisan umat Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. dan Quraisy, di mana pihak Islam diketuai oleh Sayidina Hamzah dan di pihak musuh adalah Omar.
Akhirnya pihak Quraisy mengarahkan pasukan tenteranya supaya berundur dari peperangan setelah melihat kehebatan tentera Islam.

Tunjuk perasaan menyatakan keburukan perbuatan mungkar
Ia berlaku ke atas saudara-saudara Islam di negara-negara umat Islam termasuklah pembunuhan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa, kaum wanita dan orang-orang tua, di mana Islam menganggap ia sebagai perbuatan mungkar yang patut dibantah menerusi saluran tunjuk perasaan besar-besaran agar dihentikan segera tindakan rakus pihak musuh di serata dunia.
Tunjuk perasaan bagi menyatakan kekuatan orang Islam
Ia juga berlaku pada setiap mukaddimah peperangan yang disertai baginda Rasulullah s.a.w., baginda mengarahkan sekurang-kurangnya tiga orang sahabat untuk melawan pedang sebelum peperangan meletus, bagaimanapun para sahabat berjaya mengalahkan lawan masing-masing dan menyemarakkan anggota tentera yang lain.
Satu bukti yang pernah terjadi di Perancis pada 2004, apabila dua orang adik beradik iaitu Laila, 18, dan adiknya Lina, 17, dilarang masuk pekarangan sebuah universiti atas alasan mereka berdua memakai tudung kepala dan berpurdah.
Kedua-duanya telah menunjuk perasaan di sebatang jalan raya di kota Paris bagi menyatakan rasa tidak puas hati kerana dilarang berbuat demikian, akhirnya mereka disokong oleh orang awam termasuk yang beragama Kristian yang menyifatkan tindakan larangan itu menyalahi hak asasi manusia, apatah lagi mereka berdua adalah warganegara Perancis.
Dengan tunjuk perasaan yang disertai ribuan orang itu, akhirnya Kementerian Pendidikan Perancis menarik balik larangan tersebut. Akhirnya tindakan mereka berdua itu menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar perempuan lain yang terus bebas mengenakan tudung kepala.

Ia merupakan roh Syariat Islam
Kehadiran Syariat Islam di tengah-tengah masyarakat umat manusia, adalah untuk merealisasikan keagungan dan kemuliaan Islam dalam segenap aspek.
Ia dapat dilihat menerusi solat jemaah (umpama tunjuk perasaan dengan memohon kekuatan daripada Allah SWT), solat Jumaat, solat dua hari raya, pelaksanaan manasik haji dan sebagainya. Semuanya tidak dapat dijayakan melainkan dengan berjemaah.
Tunjuk perasaan hari ini umpama separuh peperangan
Menyatakan suara melalui media massa atau apa sahaja alat sebaran berhubung jenayah, kejahatan atau kezaliman yang dilakukan oleh pihak tertentu, diterima oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan kedamaian.
Ia tidak dapat dibuktikan melainkan dengan membantah dari sudut penerangan, sama ada akhbar, siaran berita dan lain-lain yang disifatkan sebagai bantahan tunjuk perasaan media massa.
Tunjuk perasaan boleh jadi haram jika berlaku kemudaratan
Jika tunjuk perasaan dianjurkan atas sebab-sebab yang telah disebutkan di atas, ia diterima dan sah mengikut peraturan Islam dan undang-undang dunia.
Akan tetapi jika ia dianjurkan hingga merosakkan harta benda awam, tercetus rusuhan hingga berlaku pertumpahan darah, pada ketika itu tunjuk perasaan menjadi haram dari dianjurkan. Ia patut dihentikan seberapa segera bagi mengelak pelbagai kemungkinan yang tidak terduga akan berlaku.
Bukti pendekatan yang dilakukan para ulama
Sejarah telah membuktikan bahawa para ulama menganjurkan tunjuk perasaan seperti yang pernah berlaku di Kuwait, Algeria, Syria yang memenuhi jalan-jalan raya untuk menyatakan sikap penentangan terhadap penjajah.
Di Mesir, tunjuk perasaan yang diterajui oleh al-Marhum Syeikh Rasyid Reda bertujuan mengusir penjajah Perancis keluar dari bumi Mesir.
Ia juga pernah dilakukan oleh para ulama Universiti al-Azhar dalam tunjuk perasaan menentang penjajahan British pada 1919, tidak seorang pun mengeluarkan fatwa mengatakan tunjuk perasaan adalah haram ketika itu.
Tunjuk perasaan dikongsi oleh Muslim dan non-Muslim
Apabila sesuatu tindakan pihak tertentu menjurus kepada penganiayaan yang menindas golongan yang lebih rendah (bawahan), maka pada ketika itu, orang ramai bertindak untuk berhimpun dalam satu tunjuk perasaan menyatakan sikap ketidak-puasan hati mereka terhadap apa yang dihadapinya.
Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara yang bukan Islam, malah masyarakat di negara-negara Arab dan Islam juga bertindak melakukan demikian, kerana fenomena percanggahan antara hak dan batil tetap berlangsung sepanjang masa, justeru ia diperlukan bagi meredakan keadaan.
Natijah tunjuk perasaan membuahkan hasil positif
Tidak dinafikan oleh pihak yang cintakan keharmonian, tiada cara lain untuk menyatakan sikap membendung perkara negatif, melainkan ia dapat diatasi dengan adanya tunjuk perasaan secara aman tanpa melibatkan pihak-pihak yang sepatutnya dipelihara hak mereka seperti kanak-kanak kaum wanita, orang-orang tua dan jauh dari melakukan kerosakan terhadap harta benda awam dan mengancam nyawa manusia.

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Monday, November 5, 2007

Kisah Bihun Tak Halal


Untuk bacaan lanjut: http://www.myjakim.blogspot.com/

Kebersihan, kehalalan makanan: Ketegasan penguatkuasaan diperlukan

Presiden CAP
SM Mohamed Idris