""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Friday, December 14, 2007

Tepung gandum dijual 11 peratus melebihi harga kawalan

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan tepung gandum kegunaan umum dijual lebih tinggi sehingga melebihi 11 peratus daripada harga kawalan.

Tinjauan di beberapa tempat di Pulau Pinang mendapati ramai peruncit menjual tepung gandum pada harga RM1.50 sekilogram dan bukannya RM1.35 sekilogram.
Akta Kawalan Harga 1946 (Semakan 1973) Seksyen 5(1) menyatakan sesiapa yang menjual barangan harga kawalan pada harga yang melebihi harga kawalan adalah menjadi satu kesalahan.
Peruncit mendapati sukar untuk mendapatkan bekalan tepung gandum daripada pemborong. Sesetengah peruncit berkata mereka terpaksa menunggu beberapa hari sebelum mereka mendapat stok baru tepung gandum, biasanya peruncit akan mendapat bekalan tepung gandun dalam tempoh satu atau dua hari sahaja.

Peruncit juga tidak mendapat stok sepertimana yang dikehendaki kerana apabila mereka memesan lima beg tepung mereka hanya mendapat dua beg sahaja daripada pemborong.
Oleh sebab itu CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan tegas ke atas pemborong dan peruncit tepung gandum serta memastikan bekalan yang mencukupi di pasaran.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris


Ucu Lina: Alhamdullilah raya Aidiladha, orang makan daging banyak kalau tidak belanja kuih raya meningkat la tahun ni....

No comments: