""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Monday, November 26, 2007

Hafazan Quran - Satu Usaha Yang Boleh!


Setelah berlalunya bulan Ramadhan, saya berasa sedih sebab tidak banyak Surah yang melekat di ingatan. Nyata usaha saya untuk menghafaz Quran tidak banyak dan tidak cukup untuk lihat hasil membanggakan. Saya melihat kembali pengurusan masa saya. Ya, saya tidak merancang dengan teliti tentang masa dan kekerapan menghafaz ayat-ayat Quran dalam jadual seharian.

Ada sahabat mencadangkan:
1 hari hafaz 5 hingga 10 ayat. Cuba dengan yang sedikit dahulu atau terus konsisten pun tidak mengapa iaitu paling biasa sebanyak 5 ayat.

Maka 90 hari atau 3 bulan kemudiannya akan berhasil hampir 5 juz daripada Al Quran. Apa pun kira-kiranya, usaha dengan 5 ayat itu perlu dimulakan. Bimbang jika bilangan ayat terlalu banyak dihafaz akan memberatkan otak untuk aktiviti storan maklumat.

Berkenaan masa yang dicadangkan pula adalah:
Sebelum Subuh: Hebat waktu ni, tinggal mahu dan mampu isunya - 5.00am hingga 5.30am.
Pagi: Selepas solat Subuh - 6.00 am hingga 6.30 am - sesuai sebelum ke tempat kerja.
Tengahari: Selesai solat Zohor atau sebelumnya jika menunggu waktu - 12.30 pm hingga 1.00 pm/adjust nanti.
Petang: Selesai solat ‘Asar - 5.00pm hingga 5.30 - lepas tu boleh riadhah
Malam: Selesai solat Maghrib - 7.45pm hingga 8.15pm
Sebelum Tidur: Antara 12.00am hingga 12.30am jika tidur awal begini.

Semua di atas boleh disesuaikan dengan peribadi.Ada pula yang berkata pada saya masa tidur dan makan juga perlu diawasi serta menu makanan harus dilihat teliti.

Pelbagai teknik menghafaz Quran disarankan antaranya teknik ‘chunking‘ iaitu teknik memisahkan hafazan ayat panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut kesesuaian makna ayat, selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai, surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita, juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya dan pisahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
Teknik ‘keyword‘ juga bagus sebab saya turut ingat surah ayat yang panjang dengan mengingati ayat atau kata istimewa dalam satu-satu surah.
Teknik -tasmi’- penting sebab ianya adalah teknik bersama penyemak bacaan tentang apa yang telah kita hafazkan. Penyemak bacaan kita akan betulkan tajwid dan makhraj bacaan kita. Elok juga jika ada teman yang bersama menghafaz untuk konsisten usaha menghafaz dan beramal bersama.
Teknik ‘writing‘ atau menulis semula apa yang telah dihafaz juga agak menarik.Tidak tertinggal juga teknik ‘mindmapping‘. Saya kurang arif teknik ini.

Berkenaan mengekalkan hafazan, berikut sebahagian langkah:
1)Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2)Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3)Kerjakan solat hajat kepada Allah. (Adik Yong Jin Dian selalu ingatkan saya, moga Islam dia sedikit masa lagi)
4)Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5)Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6)Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7)Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8)Menulis setiap ayat yang mutasyabih.


Saya berharap hafazan saya dan sekalian pembaca sebelum ini tidak hilang dan berturutan dengan amalan dalam hidup yang berbaki. Moga tidak hanya tinggal menjadi teori dalam entri ini.
Petikan artikel: www.fauzanibrahim.wordpress.com

No comments: