""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Monday, December 3, 2007

Filem Islam Yang Best....

Filem bertemakan keislaman, berkualiti serta membawa mesej yang baik seperti kemanusian, perpaduan dan memaparkan keagungan Allah.

1) Filem 'Baran' : mengisahkan tentang persaudaraan yang melibatkan mangsa peperangan di Afghanistan serta pelarian yang lari dari Pakistan ke Iran dan melalui kisah hidup yang tragis.

2)Filem 'Colours of Paradise':sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang membawa kita mencari cahaya ciptaan Ilahi. Filem ini telah dipilih oleh majalah Times sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik tahun 2000.

3)Filem 'Children of Heaven' : mengisahkan kecuaian seorang abang bernama Ali telah menyebabkan kasut adiknya, Zohre hilang. Kerana takut dihukum oleh ayahnya dan bimbang ayahnya terpaksa meminjam duit untuk membeli kasut baru, mereka merahsiakan perkara tersebut. Ali merancang untuk mendapatkan kasut ganti bagi adiknya. Dan sebelum mendapat kasut baru, mereka terpaksa berkongsi kasut untuk ke sekolah.

Filem yang melonjak pengarah filem Iran, Majid Majidi di persada filem dunia dan memenangi anugerah filem terbaik di Montreal International Film Festival , 'Children of Heaven'

>>>> SELAMAT MENONTON<<<<<

Ucu Lina: Sedih tengok cerita Children Of Heaven, filem ini pernah ditayangkan di RTM 1 sedikit masa dahulu. sampai sekarang pun masih teringat jalan cerita dan wajah si Ali dan keadaan rumah mereka...menitis air mata.

No comments: