APABILA sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini.Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit.Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.
Pemeriksaan Imej Resonan Magnetik (MRI) mendapati, hampir 30 peratus individu dewasa berumur 30 tahun menunjukkan kemerosotan (kehausan) cakera tulang belakang tetapi tidak mengalami masalah atau kesakitan.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Justeru, belajar menjaga tulang belakang kita dengan:
· Memastikan tulang belakang dalam posisi asal, sama ada ketika berdiri, duduk atau melakukan kerja.
· Belajar cara betul untuk mengangkat benda berat.
· Kurangkan berat badan, terutama bagi individu obes, kerana berat badan berlebihan memberi lebih tekanan kepada tulang belakang.
· Pelajari senaman untuk menguatkan otot tulang belakang.
· Perbaiki keadaan di tempat kerja, terutama kerusi dan peralatan untuk mengangkat barang. Kajian menunjukkan duduk dalam keadaan sedikit menyandar adalah kedudukan terbaik untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang. Jangan duduk terlalu lama kerana ia memberi lebih tekanan pada tulang belakang.
Ucu Lina: Sekarang ni dah rasa sakit belakang, almaklum la kerja dok depan komputer sejak form five sampai sekarang...
Tuesday, December 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment