""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Wednesday, January 23, 2008

Ciri Kawan - Sahabat Yang Baik



Namun kini saya mengenali erti berkawan dan bersahabat setelah mengetahui akan keindahan yang ditunjukkan oleh sahabat sekeliling dan paling mengesani jiwa saya adalah sinaran hidup Rasulullah yang diakui oleh penulis barat seperti Montgomery Watt dalam Mohammad at Mecca, Stanley Lane Poole dalam The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad dan Thomas Carlyle dalam Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History.

Antara lain menyebut oleh Montgomery adalah katanya:

Pada pendapat saya pekerti Muhammad yang mulia dan kebenaran yang diajarnya adalah sebab utama beliau mendapat sokongan dan kesetiaan Abu Bakar dan Umar, serta kekuatan dan keberanian Khalid bin Walid dan Amru bin As.

Stanley pula berkata:

Terhimpun pada diri Muhammad sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya semasa bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, berani dan cekal yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman.

Manusia ini perlu memelihara 2 hubungan iaitu:
  1. Hubungan dengan Tuhannya, Allah
  2. Hubungan dengan Manusia (keluarganya, jirannya, gurunya, sahabatnya dsb)

Allah berpesan apabila membina hubungan dengan manusia lain dalam surah Al Hujurat ayat 12:

Wahai mereka yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

Setiap insan dilihat pada potensi kebaikan nya...manusia ini boleh hidup bahagia jika dia faham apa Allah pesan pada ayat 2 surah Al Maidah yang bermaksud:

Bertolong-tolonganlah kamu di atas perkara kebaikan (taqwa) dan janganlah pula kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.

Sedikit kebaikan dari kedua pihak yang bermusuh perlu disinergikan bersama agar hati-hati yang keras akan menjadi lembut memaafkan.

Ada lagi ciri yang Allah ajar dalam Quran iaitu melalui surah Al Ahzab ayat 70 yang mana Allah pesan pada kita supaya bertaqwa dan berkata benar.

Lainnya daripada hadis adalah tepati janji, jaga amanah bila diberi percaya.

Dan lagi dalam surah As Saff ayat 2 Allah memberitahu bahawa seseorang itu bagus apabila dia buat apa yang dia katakan. Kata mesti dikota.

Dalam surah Ali Imran ayat 159 ini Allah ada beritahu bahawa berlemah lembut dan tidak berhati keras.

Anas bin Malik selama 10 tahun bersama Rasulullah tidak pernah dia dimarah dan diherdik oleh Baginda, malahan Rasulullah tidak pernah meninggikan suara pada Anas. bayangkan Rasul ni adalah sahabat paling baik dalam dunia...huh

Ditambah lagi dalam surah Luqman: Dimana banyak kisah si ayah mengajar anak-anaknya menjadi manusia yang berhati manusia dari berhati puaka. Antara sifat yang perlu adalah dilunakkan suara ketika berkata pada sahabatnya atau orang lebih tua.

Lainnya lagi adalah seseorang itu mudah memaafkan dikala saat dia mampu membalas dendam.

Seseorang kawan yang baik juga sebenarnya mendorong kita berlaku dengan perilaku seorang Muslim, ini asas pembinaan hati yang ikhlas dan amanah dalam berkawan. Maklumlah bila berkawan sebenarnya kita juga sedang berkomunikasi menggunakan hati dan perasaan. Ini menepati surah Asy Syams ayat 9 dan 10 yang bermaksud;

Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan merugilah mereka yang mengotorkannya.

Ya Diilhamkan pada manusia, Sukma kefasikan dan ketaqwaan, Beruntung bagi yang menyucikannya, Merugi bagi yang mengotorinya!

dan yang terakhir adalah tidak berbalah dalam pertikaian lidah mahupun fizikal.

Hampir kesemua ini memungkin kita mencari sahabat atau kawan yang punyai kefahaman agama yang jelas tanpa putar belit. Kefahaman yang jelas bermaksud dia beramal dengan Islam itu sepenuh iltizamnya. bersungguh-sungguh.

Banyak lagi ciri kawan yang baik...jika mahu tahu lagi...cuba lihat cirii yang ada pada rasulullah. Baginda pada anaknya bukan setakat bapa, malah juga sebagai kawan. begitu juga baginda menjadi kawan kepada isterinya, orang bawahannya, rakyatnya, cucunya, mentuanya, besannya dan seterusnya...

Rasulullah itu bila bercakap pada khalayak, setiap orang individu yang mendengar baginda terasakan baginda hanya bercakap dan beramah mesra dengan dia seorang, walhal di situ ramai sekali orang bersama.

wallahualam.

Ucu Lina: Terima kasih kat adik Fauzan kerana artikel ini sangat menarik untuk direnungkan...Kepada semua sahabatku, semoga kalian semua dpt menghadiahkan Al-Fatihah kepada ku tatakala aku tiada lagi disisi kalian....

1 comment:

Anonymous said...

Kak ucu..nnt lawati blog idah yg satu lg ye...

www.afibiz2u.blogspot.com