Thursday, May 29, 2008
Sunday, May 25, 2008
Perancangan Kewangan
Rancang kewangan keluarga
PERUNDING motivasi Ultra Mind Resources, Shamsuddin Abdul Kadi, berkongsi petua kewangan terutama untuk pasangan berkeluarga.
- Sejak hari pertama bergelar pasangan suami dan isteri, mereka perlu menentukan sama ada ingin memasukkan semua gaji mereka dalam akaun bersama ataupun sebaliknya.
Jika memilih menguruskan gaji secara berasingan, perlu menetapkan siapa menanggung kos bagi setiap perbelanjaan. Pastikan pembahagian dijalankan secara adil.
- Pastikan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan daripada setiap wang gaji diterima tidak lebih daripada 70 peratus daripada wang gaji bersih yang diterima.
Ini bererti bagi setiap RM1,000 wang gaji, hanya boleh membelanjakan RM700. Hukum itu perlu dikekalkan selamanya.
- Buka dua akaun lagi bagi menempatkan 30 peratus wang gaji yang belum digunakan. Letakkan 10 peratus daripada wang gaji itu di dalam akaun satu (akaun simpanan) manakala 20 peratus lagi ke dalam akaun kedua (akaun kecemasan).
Terus menyimpan di dalam akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada wang gaji bersih pada setiap bulan sehingga ia menyamai enam bulan wang gaji kasar.
Contohnya, jika mendapat RM2,000 bersih pada setiap bulan, perlu menyimpan sebanyak RM400 dalam akaun kedua pada setiap bulan sehingga jumlahnya menjadi RM12,000.
Apabila wang dalam akaun dua itu menyamai gaji selama enam bulan, pada bulan seterusnya pula ambil wang sebanyak 20 peratus itu untuk disimpan dalam akaun satu iaitu akaun simpanan. Setiap suami dan isteri perlu menyimpan di dalam akaun kecemasan sebanyak enam kali gaji kasar yang mereka terima setiap bulan.
· Gunakan wang dalam akaun satu untuk melabur di tempat yang sah di sisi undang-undang. Tujuannya untuk mengelakkan wang dimakan oleh inflasi serta menjamin keperluan semasa dan masa depan terutama ketika kos barangan semakin tinggi.
Jangan gunakan wang dalam akaun kecemasan untuk kegunaan peribadi yang tiada kaitan dengan keperluan kecemasan. Antara kes kecemasan adalah kemalangan dan kerosakan kereta.
· Jangan rompak diri sendiri yang lazimnya berlaku bila anda atau pasangan tidak dapat mendisiplinkan diri. Ini berlaku bila semua wang gaji dibelanjakan dan tiada wang kecemasan.
· Pastikan diri dilengkapi pelbagai adab seperti adab masuk ke pasar raya. Apabila memasuki pasar raya, pastikan diri tidak berada dalam keadaan lapar dan masuk dengan membawa senarai.
· Pastikan diri dan pasangan membentangkan bajet keluarga pada setiap bulan di atas meja makan untuk mengetahui perbelanjaan semasa.
Kesilapan dalam merancang wang gaji menyebabkan diri menanggung bebanan hutang sepanjang hayat.
· Jangan biarkan bank menentukan masa depan dengan membiarkan mereka menentukan jumlah pinjaman yang perlu anda ambil.
Jangan mengambil pinjaman maksimum untuk harta yang membebankan seperti kereta. Sebaiknya ambil pinjaman yang tidak melebihi empat tahun.
· Terus mendalami ilmu kewangan kerana setiap hari ada pelbagai perangkap kewangan yang mampu menyebabkan diri merana sepanjang hayat. Beringat sebelum kena terutama kad kredit dan skim ansuran mudah yang mampu menjadikan diri hamba kepadanya sepanjang hayat.
sumber:www.hmetro.com.myUcu Lina: Artikel ini utk tatapan semua.terutamanya member2 yg baru nak berkeluarga.Tahniah kepada Fida & Effa Anna.Semoga Allah SWT memberkati rumahtangga kalian.AMIN
Friday, May 23, 2008
Rupa ketika marah lebih buruk daripada perlakuan haiwan
IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya.”
Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:
1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.
11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.
Ucu Lina:Jangan marah-marah nanti cepat tua..
Renungan
(Imam Syafi'i r.a)
Tazkirah
" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "
Imam Umar bin Abdul Aziz
Tuesday, May 13, 2008
Wanita Berhak Pilih Suami...
Wanita berhak pilih suami
Oleh Noriah Idris
Tidak salah letak syarat dalam memilih calon
JIKA lelaki boleh, mengapa kita menidakkan hak wanita? Mereka juga berhak menentukan lelaki yang bakal mencorak masa depan yang lebih bahagia,” kata Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain mengenai sejauh mana hak wanita dalam memilih suami.
Menurut penceramah bebas yang juga peguam syarie ini, tidak hanya lelaki malah wanita juga berhak menentukan jodoh.
“Pilih yang sekufu. Sekufu ini timbul apabila wujud unsur wali mujbir (pilihan keluarga) atau dalam erti kata lain, wanita tiada kuasa memilih atau menentukan siapa calon suaminya.
“Keluarga seperti ibu bapa atau datuk harus memilih demi memastikan calon lebih sekufu dengan perempuan. Dalam konteks ini, seseorang calon lelaki yang dipilih itu mestilah menepati kehendak wanita atau perempuan itu,” katanya.
Dalam masyarakat kini, sering dengar cerita lelaki mencari wanita dengan ciri tertentu seperti kaya, cantik dan berpendidikan sebagai tuntutan dalam merencanakan sesebuah rumah tangga.
Namun menurut Zaidi, wanita juga harus meletakkan syarat yang perlu menjadi keutamaan dalam memilih calon bersesuaian dengan diri mereka. Ini dilakukan dengan meletakkan agama sebagai pilihan teratas kerana menerusi pegangan agama yang kukuh saja mampu menjamin masa depan.
“Selain agama, wanita juga berhak memilih lelaki yang mempunyai harta. Bukan kerana mereka bersifat kebendaan tetapi itu tuntutan keperluan hari ini di samping tidak mengenepikan rupa paras. Ini kerana secara nalurinya, wanita juga menginginkan lelaki yang kacak atau sedap mata memandang.
“Wanita tidak harus dipersalahkan jika mereka mengutamakan keturunan yang baik atau tahap pendidikan lelaki berkenaan contohnya lelaki berpendidikan lebih tinggi atau setaraf dengannya.
“Kedua-dua aspek ini ada peranan tersendiri dalam menentukan masa depan yang bahagia. Bahkan Rasulullah saw juga bersabda mengenai perkara berkaitan dengan meletakkan ciri tertentu kepada pasangan kerana faktor yang dikatakan ini ada jaminan kebahagiaan,” katanya.
Baginya, tidak akan jadi baik sesebuah keluarga atau keturunan itu jika harta semata-mata menjadi pilihan dengan mengenepikan aspek yang dinyatakan tadi.
“Kalau dapat yang kacak, mungkin duit tak banyak. Kalau dapat yang kaya, rupa pula tak begitu menarik. Namun kalau ada agamanya, kalaupun tak kaya, tak mengapa. Mungkin ia lebih menenangkan jiwa justeru agama menjadi asas pertimbangan paling wajar dalam hidup berumah tangga.
“Kita tahu manusia tak sempurna namun dalam perkahwinan, mungkin ia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa ke arah mencari kesempurnaan itu. Saya dapat katakan, aspek agama dilihat sama ada sebagai kekurangan atau kelebihan seseorang ibarat garam yang bakal melazatkan makanan yang dimasak dalam menggambarkan akrabnya hubungan pasangan,” katanya.
Dia turut mencadangkan supaya pasangan yang sekufu melakukan ‘persyarikatan’ dalam rumah tangga. Dalam erti kata lain, pasangan isteri harus bersyarikat dengan suami baik dari pelbagai segi termasuk idea, minat dan hobi dalam mencari hala tuju bersama.
“Mungkin jika wanita meminati perniagaan, mereka boleh mencari lelaki yang menceburi bidang korporat jika ingin mengikut rentak. Jika minat seni atau dekorasi, hendaklah dicari lelaki yang memang berada dalam bidang berkenaan.
“Tapi itu tak bermakna kalau tak mendapat lelaki mengikut kecenderungan yang dinyatakan, ia berakhir di situ saja. Mungkin wanita mahupun pasangan yang boleh mendorong minat ke arah apa yang disukai pasangan dalam usaha mendekatkan lagi fahaman yang menjadi resipi kebahagiaan,” katanya.
Situasi kini menyaksikan wanita yang memiliki tahap kerjaya lebih tinggi mungkin menjadi punca lelaki ‘takut’ mendekati mereka tetapi Zaidi menolak tanggapan ia menyebabkan peratusan wanita tidak berkahwin semakin bertambah.
Katanya, masyarakat mesti adil dalam memberi persepsi atau mencari punca segelintir wanita tidak berkahwin.
“Mereka dilabelkan sebagai anak dara tua. Secara amnya, semua wanita ada keinginan untuk berkahwin dan hidup bahagia, dikelilingi cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
“Namun banyak faktor mereka tidak berkahwin. Antaranya, mungkin jodoh belum sampai, mengejar cita-cita serta tanggungjawab seperti menanggung masalah kewangan keluarga dan adik-beradik yang masih belajar.
“Untuk itu, jangan cepat melatah atau menuding jari. Siapa yang mahukan perkahwinan separuh jalan? Kes perceraian yang banyak berlaku hari ini antara puncanya mungkin tak sekufu. Oleh itu, tak salah wanita memilih bahkan berhak mencari yang sekufu demi jaminan masa depan terbaik,” katanya.
Mendasari sabda Rasulullah saw, dia merumuskan wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana harta, kecantikan, nasab keturunan dan agama.
“Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia,” katanya.
Tip:CIRI lelaki beriman boleh dikenali menerusi ciri tertentu, antaranya:
· Secara kasar, keimanan boleh dilihat pada latar belakang pendidikan, baik secara formal atau sebaliknya. Tidak bermakna seorang lelaki beriman itu diukur menerusi pendidikan hingga mencapai ijazah di negara Timur Tengah, sebaliknya ia dapat dilihat menerusi amalan hidup seharian.
Mereka yang mendahulukan solat selain cara hidup yang tidak mengenepikan agama, sering menjadi penilaian wanita.
· Mengenal pasti keturunan sesebuah keluarga lelaki yang bakal menjadi pasangan dengan mengenali keluarga dan asal-usulnya. Boleh juga dirisik menerusi rakan, jiran sekampung dan seumpamanya.
· Jaminan kebahagiaan bukan terletak pada jumlah harta dimiliki tetapi jika wanita mendapat jodoh lelaki kaya, ia dianggap satu bonus.
· Rupa memberi ketenangan. Wanita boleh meletakkan ciri sendiri dalam konteks ketampanan suami kerana ia bersifat subjektif. Apapun, biarlah segala resah, bimbang dan duka si isteri hilang sebaik terpandang wajah suami yang redup dan tenang.
Sumber:www.hmetro.com.myUcu Lina : Artikel untuk tatapan semua & khusus untk ismienis. Minta maaf, Ucu Lina tak sempat nak balas e-mail,sibuk.Untuk tambahan ilmu sila dapatkan buku terbaru terbitan Jasmin, tajuknya : 47 kesilapan serius dalam perkahwinan.
Perjuangan
DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN,
GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn,
MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn,
WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi,
kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM...
Ucu Lina: Terima kasih kepada Shida,diatas kata-kata semangat ini....
~~KeBiJaKsaNaaN~~
bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada
Murid-murid :
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak
itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang
pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
*moral of the story..Amin lg bijak dari cikgu..
Ucu Lina: Jangan sangka budak kecik tak pandai ilmu tauhid. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia terutama kakak & abang ipar saya.Terlupa pula tema hari guru tahun ni...???