""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Thursday, January 3, 2008

Buku Pilihan 3:


Nama Buku: Jodoh Dan Perkahwinan
Nama Penulis: Dr Kamil Musa
Diterjemahkan dari buku bahasa Arab: Azzawajul-Islami

Mengetahui tanda-tanda serta panduan yang tahan uji untuk melahirkan rumahtangga bahagia adalah perkara yang amat penting dan sentiasa dirindukan oleh fitrah setiap manusia supaya dapat mengharungi lautan kehidupan dengan bermakna.

Keharmonian rumahtangga ,insya-Allah dapat diraih oleh setiap orang, asalkan formula ke arah itu sudah diketahui dengan baik dan diamalkan secara konstan. Kebahagiaan rumahtangga adalah gabungan daripada tanggungjawab,pengertiaan,akhlak dan cinta yang tulus.

Sejarah telah bayak bercerita bahawa kebahagian di dunia tidak sepenuhnya terletak diatas kekayaan,kedudukan atau kecantikan walaupun ketiga-tiganya boleh dicari- tetapi hampir ditentukan oleh peribadi manusianya, sejauh mana pengetahuan dan pengamalannya akan syariat Islamiah. Dr Kamil Musa , penulis buku ini menghuraikannya satu demi satu secarapraktikal dan berkesan.

Ucu Lina: Walaupun buku ini kecil tetapi banyak manfaatnya. Sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan kepada kita semua dalam menghadapi sebarang konflik dalam hidup terutamanya dalam hidup berkeluarga..Buku ini perlu dijadikan bacaan keluarga supaya kita yakin bahawa setiap masalah yang timbul ada penyelesaiannya sekiranya kita berpegang kepada prinsip Islam sebenar. Jiwa akan rasa tenang dan tenteram apabila kita benar-benar menghayati apa yang disampaikan oleh penulis.

No comments: