Susunan: KH. Muhamad Syukeri Bin Unus Al-Banjari
Terjemahan dan huraian: Ahmad Fahmi Zamzam MTI Berang, Pokok Sena , Kedah
Buku ini menghimpunkan 40 buah hadits yang membicarakan tentang kelebihan ilmu dan ketinggian darjat para ulama. Ia telah disusun dalam untaian yang sangat baik dan diterbitkan sejak puluhan tahun yang lalu dan telah mengalami ulang cetak beberapa kali dalam edisinya yang berbahasa arab. Dan buku ini mengingatkan kita akan kelebihan ilmu dan ketinggian martabat para ulama dan juga sekaligus memberikan perhatian supaya pelajar sentiasa rajin dan bersungguh-sungguh mendapatkan ilmu, dan mendorong mereka agar mengamalkan dengan ilmu yang diperolehi dan seterusnya menanamkan di lubuk hati mereka kesedaran yang tinggi dan jiwa yang besar untuk menyampaikan ilmu yang telah mereka amalkan itu.
Petikan Hadiths:
Daripada Abdullah Bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: telah bersabda Rasulullah S.A.W: “ Seseorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan dari seribu abid ( yang tidak alim)”
HR Tirmidzi dn Ibnu Majah
Ucu Lina: Huraian hadits yang mudah difahami dan diamalkan terutamanya insan-insan yang tidak tahu bahasa arab. Buku ini memberi satu motivasi kepada semua yang membaca terutamanya kepada semua pencinta ilmu, betapa Allah Taala meninggikan martabat orang yang menuntut ilmu…Subhanallah…Ilmu Allah Taala itu luas, bukan sahaja dapat diceduk dibuku dan dikira dengan kelulusan akademik sahaja tetapi melalui pengalaman hidup . Jangan tunggu sampai umur 50 tahun baru nak cari tok guru, itupun kalau Allah masih memanjang umur kita… Ingatlah sahabatku, bertambah satu tahun umur semakin dekat kita akan dipanggil pulang ke kampung abadi (akhirat)..
No comments:
Post a Comment