""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Monday, January 28, 2008

Jangan takut hantu, senang jer nak kalahkan antu² ni...

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah carikelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanyadan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana diatidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Hantu Pompuan ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri andatenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cerminmuka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita punmestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentudia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bagiduit raya,ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu diatak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kitahendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudahuntuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk danlihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Hantu ni Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu senberguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawakbalik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannyakerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu …..

Ucu Lina: Hairan le mcmana ada org masih takut hantu, tp kat tuhan tak takut-takut.... Hairan betul....

No comments: