Kebanyakan individu alami kekurangan berat badan kerana amalan pemakanan yang kurang sihat
WALAUPUN mempunyai selera besar, sesetengah individu mengalami berat badan di bawah paras normal hingga ada yang beranggapan mereka menghidap anoreksia. Pakar Pemakanan Kanan Hospital Pantai, Kani Molli, berkata agak sukar meneliti masalah sebenar individu yang mengalami masalah menambah berat badan terutama wanita.
Katanya, ada beberapa faktor menyebabkan perkara itu terjadi antaranya genetik, metabolisme tubuh yang tinggi atau masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan selain jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengkap. Bagaimanapun, Kani berkata, wanita dan lelaki yang mempunyai tubuh yang kurus tidak bermakna menghidap anoreksia atau bulimia, namun diet dan tahap kesihatan mereka perlu dikaji terlebih dulu sebelum penyakit sebenar didiagnosis.
“Walaupun mereka mengakui mengambil makanan secara kerap atau dalam kuantiti yang banyak tapi biasanya selepas diteliti, kebanyakan yang mengalami masalah kekurangan berat badan mengamalkan pemakanan kurang sihat.
“Selain itu, keadaan klinikal seperti penyakit tiroid, kanser, malabsorpsi nutrisi dan masalah psikologi seperti stres juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara,” katanya. Justeru, katanya, wanita yang mengimpikan berat badan normal penting untuk mengambil makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian selain mengelakkan minuman beralkohol serta rokok. “Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. “Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.
Adalah digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek,” katanya.
Tubuh yang kurus juga mudah mendapat penyakit. Ada segelintir mereka yang bertubuh kurus mempunyai kandungan kolesterol dan gula dalam darah yang tinggi. Jika disahkan mempunyai masalah seperti berikut, individu berkenaan tidak digalakkan mengambil makanan sembarangan terutama makanan tinggi lemak tepu.
Malah, mereka yang terlalu kurus juga biasanya mengambil masa lama untuk sembuh berbanding individu yang mempunyai berat badan normal. Kani berkata, wanita yang mengalami penyusutan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah tulang seperti osteoporosis dan kekurangan nutrisi terutama jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.
“Mereka juga biasanya tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk melakukan kerja seharian dan cepat berasa lesu,” katanya. Katanya, jika individu yang mengalami masalah itu berhasrat mendapatkan berat badan normal, rawatan harus dilakukan selepas mendapat diagnosis daripada doktor termasuk mengesan sebarang masalah pada sistem pencernaan sama ada menghidap penyakit gastro usus yang melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi.
INFO: Tip pemakanan
· Pilih makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian serta nutrien seperi nasi, roti serat tinggi.
· Digalakkan memakan snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.
· Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Petua menambahkan berat badan
· Lakukan senaman anaerobik seperti bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan dilakukan.
· Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid makanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan anda.

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
Sumber: www.bharian.com.my
Ucu Lina: Susah sungguh nak naik berat badan... Tapi alhamdulilah sihat, tulang tak patah lagi..
No comments:
Post a Comment