Sesungguhnya tidak ada cinta lebih utama untuk diberikan hanya kepada Allah SWT, kerana sebagai orang Islam, kita diajar oleh al-Quran, bahawa cinta sejati ialah hanya kepada Allah sepertimana yang termaktub dalam ayat 165 surah al-Baqarah, Allah berfirman maksudnya:"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah (objek-objek lain) selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, mereka benar-benar mencintai Allah."
Jelas daripada penjelasan ayat di atas, mengkhabarkan kepada kita, bahawa cinta orang-orang beriman yang sebenarnya hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, ia bukan bermakna cinta antara manusia dengan manusia dilarang oleh agama, terutamanya cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita.
Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada Saidina Omar Bin al-Khattab, siapakah orang yang dia kasihi, sambil menyatakan bahawa baginda Rasulullah sebagai orang yang paling dikasihi termasuk anak isterinya, kemudian beliau ditegur oleh baginda dengan sabdanya: Tidak beriman salah seorang daripada kamu, hingga dia mencintai aku lebih daripada mencintai kedua orang tuanya, anak isterinya dan seluruh manusia amnya.
Hari Valentine bunuh semangat cinta kepada agama
Apa yang dipaparkan di atas, jelas menunjukkan betapa ancaman Nabi Muhammad itu perlu diambil perhatian serius kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.
Ini kerana hari Valentine yang mengajak pasangan lelaki dan perempuan untuk berjumpa serta menunjukan rasa kasih antara satu sama lain dengan pemberian sejambak bunga dan sebagainya adalah lebih cenderung kepada melakukan maksiat kepada Allah SWT, kerana baginda pernah mengingatkan seluruh umatnya, bahawa pertemuan dua pasangan kekasih tanpa orang ketiga menemani mereka adalah terdedah kepada godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan perkara yang terlarang dalam agama Islam.
Sedangkan pasangan kekasih itu tidak mempunyai hubungan atau pertalian keluarga yang boleh menjuruskan keduanya kepada penentangan hukum Allah SWT dengan duduk berdua-duaan sama ada di taman bunga, di tempat-tempat sunyi yang jauh daripada pengetahuan dan penglihatan orang ramai, memudahkan mereka melakukan perkara yang tidak diingini.
Mereka sanggup menghabiskan masa bukan kerana Allah, juga bukan kerana persoalan agama, malah masa dihabiskan dengan duduk bersembang kosong tanpa tujuan yang jelas, mereka tidak sedar terdedah pada keadaan yang penuh dengan fitnah terhadap agama mereka sendiri, kerana terdapat di kalangan mereka yang berdua-duaan itu yang bertudung kepala, duduk di kawasan yang meragukan banyak pihak, akhirnya terlanjur.
Apabila semangat Valentine itu diaplikasikan dalam realiti hidup pasangan kekasih lebih daripada mengutamakan larangan Allah, maka akan berlaku apa yang tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, bagi mereka (khusunya pasangan lelaki dan perempuan remaja Islam) yang masih mahu menyambut hari Valentine yang lebih kepada semangat Kristian.
Ingatlah firman Allah SWT menerusi ayat 24 surah at-Taubah yang bermaksud :
"Katakanlah – Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-mara, isteri-isteri kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah hingga Allah datangkan keputusan-Nya, Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang Fasiq."
oleh:Ustaz Zainudin Hashim
Ucu Lina: Islam dah sediakan manual untuk menjalani hidup dibumi, so ikut sahaja apa yang ditetapkan syarak. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua termasuk diriku ini... AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment