""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Monday, March 24, 2008

Buku Pilihan: 111 wasiat Rasulullah S.A.W untuk wanita Solehah.


Tajuk Buku:111 wasiat Rasullah S.A.W untuk wanita Solehah.
Penulis: Drs Kasmuri Selamat.

Pada zaman setiap manusia disibukkan kepentingan duniawi dan dirinya sendiri ,dimana kebanyakkan manusia telah hanyut dibawa arus kesesatan,wanita Muslimah akan termenung dalam keadaan kesedihan kerana didapati dihadapannya seribu satu ujian dan cubaan yang akan membawanya terjun ke lembah syaitan.

Wahai wanita Muslimah! Didalam buku ini terdapat wasiat-wasiat junjunganmu Rasulullah S.A.W yang khusus ditujukan kepadamu. Oleh kerana itu, hiduplah dirimu dibawah naungan wasiat ini,agar kamu selamat di dunia dan di akhirat nanti.

Buku ini juga sebagai salah satu bukti betapa besarnya perhatian Islam kepada kaum wanita serta mengharapkan supaya kaum wanita itu tetap memelihara kesuciannya dan memelihara diri dengan berbudi luhur serta akhlak terpuji. Sebab tidak ada pemisah atau perbezaan antara kaum lelaki dengan kaum wanita disisi Allah,kecuali mereka-mereka yang bertaqwa.

Ucu Lina:Subhanallah...Betapa kasihnya Rasulallah kepada wanita.Semoga kita semua dapat mengamalkan wasiat Rasulullah sebaik mungkin.InsyaAllah..

No comments: