""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Sunday, March 30, 2008

Warkah buat Hawa dari Hawa...



Hawa,
Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar
islam, kita dizalimi, hak kita
dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan, walau secebis oleh
kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam,
kita hanyalah sebagai alat untuk
memuaskan hawa nafsu semata.

Tapi kini
bila rahmat Islam menyelubungi alam,
bila sinar Islam berkembang, darjat kita
diangkat, maruah kita terpelihara, kita
dihargai dan dipandang mulia, dan
mendapat tempat di sisi Allah sehingga
tiada sebaik-baik hiasan dunia melainkan
wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman
dan Islam itu? kenapa mesti engkau kaku
dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih
segan mengamalkan isi kandunganNya?
kenapa masih was-was dalam mematuhi
perintahNya? dan kenapa masih berat
hatimu untuk menutup sesuatu yang
menjadi rahsiamu dengan menutup aurat,
wahai Hawa...
Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa
menggoncang dunia, sedarkah hawa kau
bisa menggoncang dunia dengan melahirkan
anak-anak yg soleh yg bisa menggegar
dunia menegakkan Islam dipersada dunia.
Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba
menggoncang keimanan lelaki dengan
lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu. Jangan sesekali
cuba menarik perhatian kaum Adam yang
bukan suamimu.Aku khuatir ia hanya
mengundang kemurkaan dan kebencian Allah
tetapi hanya memberi kegembiraan pada
syaitan kerana wanita adalah jalan
syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh
syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak
yang solehah buat kedua ibubapamu, andai
engkau sudah bersuami, jadilah isteri
yang meringankan beban suamimu, andai
engkau menjadi ibu, didiklah anakmu
sehingga ia tidak gentar memperjuangkan
ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau
risau akan jodohmu, ingatlah Hawa akan
janji Tuhan kita, wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki
yang bukan mAhrAm kerana aku khuatir
dari mata turun ke hati, maka lahirnya
senyuman...maka tercetusnya salam dan
sekaligus disusuli dengan pertemuan...
dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras
rupa, lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya, lelaki yang
warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi akhlaknya, peribadinya dan yang
penting pegangan agamanya.
Lelaki yang
baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mAhrAmnya
kerana ia takut memberi kesempatan pada
syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang
warak juga tak mahu bermain cinta kerana
ia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan antara lelaki dan wanita,
yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada
cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari
kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibubapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang
kerana kau akan perolehi cinta dari
insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu kerana kau
akan peroleh keredhaan Allah. Cintailah
keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain daripada cinta
keluarga.

Tulus Ikhlas,
Dari Hawa untuk Hawa...

Ucu Lina:Terima kasih Shida diatas ingatan ini...

No comments: