""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Thursday, February 21, 2008

Untuk Semua Sahabat...


" Apabila kau ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin dengan satu kelemahan,kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mungkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya. Andai kau inginkan sahabat yang satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu,kau mungkin akan menfitnahnya. Andai kau ingin teman,janganlah kerana sifat ceria,kerana andai dia tidak pandai menceriakan,kau mungkin akan mengalahkannya."

"Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan sempurna,kerana kau juga tidak sempurna. tidak ada siapa yang sempurna...."


Ucu Lina: Menjadi sahabat itu..perlukan gabungan jiwa yg mudah tersenyum dn mudah menangis..menjadi sahabat itu..perlukan gabungan keikhlasan dan kekuatan..menjadi sahabat itu perlukan gabungan kejujuran dan kebenaran...menjadi sahabat itu perlukan peringatan dan bukan mengalpakan..

Wednesday, February 20, 2008

DETIK-DETIK YG DINANTIKAN.......

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Tuesday, February 19, 2008

UNTUKMU WANITA...

Peliharalah akhlakmu kerana ia KEHIDUPANMU..

Peliharalah agama kerana ia adalah NYAWAMU..

Peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPMU..

Peliharalah amalanmu kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWIMU..

Peliharalah lisanmu kerana ia adalah HATIMU yang meneNtukan baik buruk DIRIMU.. ~ ~

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,

umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,

tetapi tidak melihat apa-apa" ~ ~

Ya Rahman Ya Rahiim.. Indahkanlah Akhlaq kami sepertimana Kau telah memperindahakan rupa kami ♥ ~ ~ AMEEN


Ucu Lina: Terima kasih Shida.

Sunday, February 17, 2008

Islam Untuk Semua...

Anggapan Islam itu hanya untuk orang-orang Islam sahaja adalah anggapan yang amat salah dan bertentangan dengan keadaan serta realiti.

Islam yang sebenar adalah untuk semua makhluk, ia untuk manusia seluruhnya, untuk makhluk seluruhnya.

Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Surah Saba' ayat 28)

Pada hujung ayat itu jelas Allah memberitahu, kebanyakan manusia menganggap Islam hanya untuk orang Islam sahaja.

Tanggapan ini tidak benar kerana Islam adalah untuk semua makhluk.

Persoalan seumpama ini timbul di awal perkembangan Islam di Kota Mekah dahulu, di mana dakwah Nabi Muhammad s.a.w. hanya diimani dan diikuti oleh sebahagian kecil umat Arab sahaja, itu pun mereka dari golongan mustadh'afin (golongan kurang berdaya).

Bilangan pengikut Nabi Muhammad ketika itu amat kecil, terdiri dari golongan yang tidak ternama, kurang berdaya dan hamba sahaya.

Persoalan yang timbul ketika itu, bolehkah Muhammad mengubah masyarakat yang teguh berpegang dengan ajaran jahiliyah, adat resam yang ketat serta kukuh dengan ajaran menyembah berhala?

Namun Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetap yakin bahawa yang benar pasti akan menang dan yang batil pasti akan tumbang. >P>Firman Allah (mafhumnya): "Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah kebatilan; sesungguhnya perkara yang batil itu akan lenyap." (Surah Isra' ayat 81)

Perjuangan memartabatkan Islam adalah perjuangan yang benar, cuma pejuang-pejuangnya sahaja yang tidak bersungguh-sungguh.

Namun ada yang berjuang bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat sokongan ramai, sebab itu perjuangan Islam tidak dilihat (terserlah) kebenarannya.

Golongan yang bukan Islam perlu melihat kebaikan dalam pemerintahan Islam.

Jika orang Islam sendiri menerusi media-media yang dikuasainya memburuk-burukkan Islam, pemerintahan Islam dan undang-undang Islam, tentulah orang-orang kafir akan lebih menolaknya.

Bagi umat Islam yang sebenar, sudah sewajibnya mereka yakin dan percaya dengan kebaikan-kebaikan Islam. Ianya agama Allah. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tentulah agama-Nya penuh dengan kebaikan.

Antara perkara yang menyebabkan orang-orang kafir tidak mahu menerima Islam, adalah kerana umat Islam sendiri tidak menghormati agamanya.

Sekiranya dapat dilaksanakan hukum Islam yang syumul pastilah kebaikannya untuk semua manusia, Islam dan bukan Islam.

Firman Allah (mafhumnya): "Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak berasa keberatan untuk menerima apa yang engkau telah putuskan (hukumkan), dan mereka menerima Islam sepenuhnya." (Surah an-Nisa' ayat 65)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kebaikan hukuman yang diputuskan oleh Rasul berteraskan daripada al-Quranul Karim, di mana jika dilaksanakan hukum itu dengan baik, orang-orang kafir tidak keberatan menerimanya, setelah mereka membanding-bandingkan antara hukum-hukum ciptaan manusia dengan hukum-hukum Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

Antara contoh yang boleh disebutkan, berlaku dalam sejarah, setelah tentera Tartar/Mongol menyerang dan mengalahkan umat Islam di Baghdad dan sekitarnya, mereka pada mulanya mahu memaksa umat Islam menganut agama penjajah.

Tetapi setelah mereka melihat dan mengamati kebaikan Islam, serta melihat keunikan dan kestabilan hukum-hukumnya, melihat akhlak orang-orang Islam, akhirnya tentera Mongol seluruhnya memeluk agama Islam.

Pasti akan tiba masanya Allah SWT akan menolong orang-orang yang memartabatkan agama-Nya.

Itulah keyakinan yang pasti akan berhasil jua akhirnya. Wallahua'lam.

Oleh: Dato' Dr Haron Din

Ucu Lina: Yakin dengan Islam...

Thursday, February 14, 2008

Buku Pilihan: Detik-detik Hidupku.. Hasan Al-Bana

Tajuk Buku: Detik-detik Hidupku.. Hassan Al-Bana
Penterjamh: Wan Jaffree Bin Wan Sulaiman

Buku ini terjemahan dari buku " Memoir of Hassan al_bana " oleh N>M Shaikh, terbitan International Islamic Publichers. Karachi,Pakistan. Separuh dari buku "Memoirs of hassan al-Bana" itu diambil dan diterjemah olehN.M Shaikh dari sebahagian buku " Muzakirat ad-Da'ie wa Da'iyyah" oleh Hassan al-Banna.

Buku ini penting bagi sesiapa yang mengetahui secara latar belakang orang yang mengasaskan gerakan Ikhwanul-Muslimin - iaitu Hassan Al-Banna. Dengan membaca buku ini, kita akan faham dan mengapa gerakan Ikhwanil-Muslimin mampu menjadi satu gerakan Islam yang digeruni musuh-musuh Islam. Hassan Al-Banna, dalam masa dua dekad telah menyusun gerakan Ikhwan-ul-Muslimin dengan begitu rapi sehingga ada cawangan ketenteraannya sendiri.

Buku ini menyingkap rahsia peribadi seorang tokoh dan pemimpin yang telah berjaya menyatukan orang dari berbagai golongan kedalam satu harakah yang bukan saja himpunan akhlak mulia,bahkan seterusnya menjadi pencetus pembaharuan dalam arus kebangkitan Islam masakini.

" JADILAH KAMU SEPERTI SEPOHON KAYU ( POKOK), MEREKA MELEMPARINYA DENGAN BATU, TETAPI KAMU MELEMPARKANNYA
( MENGGUGURKAN) KEPADANYA DENGAN BUAH YANG RANUM."
- IMAM HASSAN AL-BANNA-


Ucu Lina: Buku ini memang best. sebelum ini biasa dengar nama saja tetapi sejarah hidup Iman Hassan Al-Banna belum pernah baca dan kaji. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dalam perjuangan ini... AMIN

Wednesday, February 13, 2008

Menyanggah persoalan cinta pada Hari Valentine

Sesungguhnya tidak ada cinta lebih utama untuk diberikan hanya kepada Allah SWT, kerana sebagai orang Islam, kita diajar oleh al-Quran, bahawa cinta sejati ialah hanya kepada Allah sepertimana yang termaktub dalam ayat 165 surah al-Baqarah, Allah berfirman maksudnya:"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah (objek-objek lain) selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman, mereka benar-benar mencintai Allah."

Jelas daripada penjelasan ayat di atas, mengkhabarkan kepada kita, bahawa cinta orang-orang beriman yang sebenarnya hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, ia bukan bermakna cinta antara manusia dengan manusia dilarang oleh agama, terutamanya cinta seorang lelaki terhadap seorang wanita.

Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada Saidina Omar Bin al-Khattab, siapakah orang yang dia kasihi, sambil menyatakan bahawa baginda Rasulullah sebagai orang yang paling dikasihi termasuk anak isterinya, kemudian beliau ditegur oleh baginda dengan sabdanya: Tidak beriman salah seorang daripada kamu, hingga dia mencintai aku lebih daripada mencintai kedua orang tuanya, anak isterinya dan seluruh manusia amnya.
Hari Valentine bunuh semangat cinta kepada agama

Apa yang dipaparkan di atas, jelas menunjukkan betapa ancaman Nabi Muhammad itu perlu diambil perhatian serius kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Ini kerana hari Valentine yang mengajak pasangan lelaki dan perempuan untuk berjumpa serta menunjukan rasa kasih antara satu sama lain dengan pemberian sejambak bunga dan sebagainya adalah lebih cenderung kepada melakukan maksiat kepada Allah SWT, kerana baginda pernah mengingatkan seluruh umatnya, bahawa pertemuan dua pasangan kekasih tanpa orang ketiga menemani mereka adalah terdedah kepada godaan dan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan perkara yang terlarang dalam agama Islam.
Sedangkan pasangan kekasih itu tidak mempunyai hubungan atau pertalian keluarga yang boleh menjuruskan keduanya kepada penentangan hukum Allah SWT dengan duduk berdua-duaan sama ada di taman bunga, di tempat-tempat sunyi yang jauh daripada pengetahuan dan penglihatan orang ramai, memudahkan mereka melakukan perkara yang tidak diingini.

Mereka sanggup menghabiskan masa bukan kerana Allah, juga bukan kerana persoalan agama, malah masa dihabiskan dengan duduk bersembang kosong tanpa tujuan yang jelas, mereka tidak sedar terdedah pada keadaan yang penuh dengan fitnah terhadap agama mereka sendiri, kerana terdapat di kalangan mereka yang berdua-duaan itu yang bertudung kepala, duduk di kawasan yang meragukan banyak pihak, akhirnya terlanjur.
Apabila semangat Valentine itu diaplikasikan dalam realiti hidup pasangan kekasih lebih daripada mengutamakan larangan Allah, maka akan berlaku apa yang tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, bagi mereka (khusunya pasangan lelaki dan perempuan remaja Islam) yang masih mahu menyambut hari Valentine yang lebih kepada semangat Kristian.

Ingatlah firman Allah SWT menerusi ayat 24 surah at-Taubah yang bermaksud :
"Katakanlah – Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-mara, isteri-isteri kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut akan kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah hingga Allah datangkan keputusan-Nya, Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang Fasiq."

oleh:Ustaz Zainudin Hashim

Ucu Lina: Islam dah sediakan manual untuk menjalani hidup dibumi, so ikut sahaja apa yang ditetapkan syarak. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua termasuk diriku ini... AMIN

Sunday, February 10, 2008

Doa diterima dalam 3 bentuk.

Doa diterima dalam 3 bentuk

Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak?. Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:

Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak?. Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:

Pertama : Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.

Kedua : Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.

Ketiga : Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.

Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

"Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".

Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".

(Riwayat Ahmad)

Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat.

Sumber : www.darulfuqaha.com



Tuesday, February 5, 2008

Cinta Illahi Bukan Lakaran Puisi

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

tuhibbunallah.JPG

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

ABU SAIF

Sumber:www.saifulislam.com

Amazing with Single paper......mmg cantik





Monday, February 4, 2008

Buku Pilihan 6: Wanita-wanita Sufi

Judul: Wanita-Wanita sufi
Penulis: Dr Javid Nurbakhsh

Kita diajak jauh menyusuri peringatan yang agung dan penuh pengiktibaran. Adalah penting bagi setiap individu menatapi jejak mereka kerana mereka disenaraikan antara wanita-wanita pilihan di sisi Allah S.W.T. Mereka juga telah melakar sejarah yang didalam ketamadun umat yang belum mampu ditandingi oleh mereka yang dianggap moden di abad ini.

Walau apapun penulis mengimbau segala-galanya dari jiwa mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Menterjemahkan kepada umat seluruhnya betapa'wanita-wanita sufi' bukan makhluk asing tetapi mereka adalah role model untuk kita jejaki dan teladani bagi mengembalikan maruah yang kini kian tercabar dan tercalar.

Petikan cerita Rabiatul Adawiyah: Pada satu malam, kerana sibuk mengejakan olat dan berdoa,Rabi'ah tertidur. Ketika itu seutas jerami mengenai matanya,kerinduannya pun begitu bergelora dan kesedihannya begitu mendalam, sehingga dia tidak merasakan luka apa pun.

Ucu Lina: Buku ini memberikan kekuatan kepada sesiapa yang membaca. Sifat kezuhudan mereka begitu tinggi. Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada kita semua...Wanita Akhir Zaman ini untuk menempuh dugaan hidup...AMIN...

Hijab Poem

Hijab Poem

Me,
Love,
Respect,
Sense of Self,
Covering my hair,
Showing Allah I care,
Protecting my modesty,
Exchanging lies for honesty,
Without Hijab, no one could tell,
Unprotected; without my Islamic shell,
Lies, as if to tell the world “Muslim, I am not”,
“I want to die with all of you and burn in Hell so hot”,
“Come men and talk with me, I am married but do not care”,
“I give you my permission to desire with your unbroken stare”,
“I want to show you what I have, make it look pretty for you to see”,
“I want you to desire and lust while other Hijab wearing woman envy me”,
But I chose to be honest letting the world to see, I am a Muslimah so happy,
Free from Satin’s enslavement, free for Jena ’s engagement, I am free!,

Allah’s blessings so gently bestowed upon my head, gently in deed,

Hugs from the cloth that covers me, Liberated from Satin’s greed,

I am a Muslimah, Shouting it out yet silently without a voice,

I am a Muslimah, I am a Muslimsha by my own choice,

No man owns me, no man controls me, I am free,

Allah owns me, Allah freed me to be me,

Allah loves me, I respect Allah,

Allah is my God, Oh Allah!

I am me, I am a Hijabi!

My Sense of Self,

My Respect,

Love,

Me!

-Heather Al Khiyari-





Ucu Lina: Thanks for adik Fauzan for this poem...So Creative & touching.. I'm proud to wear hijab...