""Hidup beri kita beratus alasan utk menangis, Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!.""

Monday, December 31, 2007

Mimpi hanya mainan tidur


BERTAHUN lamanya dia cuba merungkai mimpi yang dialami hampir setiap hari. Pening kepala dibuatnya. Sejak mula mengenali mimpi hingga ke usia belasan tahun, dia cuba mencari apakah `benda’ yang mengganggu lena tidurnya saban malam.

Memang hanya satu mimpi tapi mimpi itu hadir setiap hari dan membuatkannya sering resah gelisah. Mengapa ia harus mengganggu tidurnya setiap malam? Apakah mungkin mimpi cuba menyampaikan sesuatu kepadanya?

Satu hari, ketika berusia kira-kira 17 tahun, dia mendapatkan gambaran jelas mengenai mimpinya. Dia lemas terperangkap di dalam telur yang mentah, dikelilingi telur putih, dihimpit telur kuning yang likat dan berlendir.

Apakah maksudnya? Mungkinkah mimpi itu hadir kerana itulah kehidupannya yang sebenar, sering tersepit dan keliru atau sekadar satu mainan tidur? Apapun yang pasti, sejak `benda’ itu dikenal pasti, mimpi itu tidak pernah lagi menjenguk.

Pernahkah anda berhadapan perkara begini? Tidur malam diganggu oleh mainan mimpi yang adakalanya meresahkan atau anda biarkan mimpi berlalu untuk didatangi mimpi lain pada malam seterusnya?

Kenapa mimpi hadir? Seorang rakan, Yol, berkata adakalanya mimpi memberi kita petunjuk perjalanan kehidupan yang akan dilalui. Kerana itu, katanya, ada ketika, pada satu-satu masa dalam kehidupan sebenar, kita terasa-rasa seperti sudah melalui sesuatu keadaan itu...dejavu.

Saya tidak menafikan ada orang yang dikurniakan kelebihan mendapat petunjuk menerusi mimpi tapi yalah, kita pun tahu bukan sebarangan orang yang dikurniakan anugerah itu.

Entahlah tapi saya secara peribadi berpendapat mimpi - objek dan subjek, individu dan jalan cerita - sering hadir bila siangnya diri terlalu memikirkan objek, subjek, individu atau jalan cerita itu.

Lain padang, lain belalang, setiap orang ada pandangannya tersendiri mengenai kewujudan dan kehadiran mimpi. Malah, ada yang gemar mentafsir mimpi. Macam orang tua dulu-dulu, kalau mimpi dibelit atau dipatuk ular, tandanya ada orang nak masuk meminang. Kalau patah gigi, ada keluarga terdekat hendak meninggal. Betulkah?

Mungkin tak bila mimpi ular itu sebab siangnya kita banyak bercerita mengenai ular, tersempak dengan ular atau petandanya memang nak kena patuk dengan ular? Atau, mimpi patah gigi, sebab kita tengah sakit gigi. Sakitnya tak terperi, hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Kalau hendak ditafsirkan sesuatu mimpi, ditanya A, begini pandangannya, ditanya B, lain pula ceritanya. Boleh ada 1,000 versi rasanya dan kalau hendak bermimpi pun, tidak perlu menunggu malam hari. Siang-siang hari pun, mimpi menjenguk dan lebih parah, apabila bermimpi tanpa tidur.

Ini adik-beradik beranganlah namanya. Berkhayal. Tak hendak belajar tetapi mimpi hendak jadi pelajar terbaik; tak mahu bekerja dan berusaha tetapi mimpi hendak jadi kaya raya dan macam-macam lagilah benda yang diangankan tetapi tidak disertai usaha.

Lebih parah daripada mimpi yang hadir dalam tidur, bukan? Tiada faedahnya. Oleh itu, biarlah mimpi hadir daripada berangan tak sudah-sudah kerana mimpi hanya satu mainan tidur...satu kelebihan yang boleh dijadikan modal bercerita dengan rakan jika jalan ceritanya menarik atau mengerikan!!!

Selamat membaca...

Sumber:www.bharian.com.my

Ucu Lina: Semoga mimpi yang indah , jadi kenyataan pada tahun ini...dan mimpi yang buruk tidak menjadi realiti....SELAMAT TAHUN BARU 2008... TAHUN PERUBAHAN...Semoga Allah Taala memberi kita kekuatan menempuh segala rintangan hidup..dan melimpahkan rahmat dan hidayah kepada kita semua... AMIN..

Friday, December 28, 2007

PERSONALITY TEST ...

PERSONALITY TEST

Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..hasilnya..

2 : Lembut
8 : Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna. Waallahu'alam...

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA....

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
Tetapi pada murni nurani
Lelaki yang cantik….
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki adalah berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikkan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikkan sempurna bagi seorang lelaki

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan
Perempuan yang gagah….
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yangtidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan
Adalah kegagahan yang sempurna bagi seorang wanita.


“ Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru-hara
lelaki pula janganlah menharapkan ketaatan,tapi binalah kepimpinan pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,Pimpinlah dirinya sendiri kepadaNYA Jinakkan diri kepada Allah nescaya akanJinakkan segala-galanya, Di bawah pimpinanmu..

“Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karram Allah Wajhah….”

Thursday, December 27, 2007

Wanita & Aurat


Wanita & Aurat

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah SWT :

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)

Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkara wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

Sumber:www.zaharuddin.net

Ucu Lina: Tersentuh bila baca buku 30 Rahsia Wanita Syurga & Neraka.. Banyak yg masih kita lalai...Apapun Allah Taala mencipta kita, hanya Dia yang mengetahui fitrah kita yang sebenar... Jangan tipu tau!!!



RAYUAN NURANI

Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta mnusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan yang Maha Kuasa

Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada pencipta yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku

Di mana... Di manaku berada
Di mana... Di manakah diriku

Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku

Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu

Sunday, December 16, 2007

Taubat Seorang Hamba...

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa.

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah x3 ...taubatku ini

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan menuju redhamu ya Tuhan...

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah x3 ...taubatku ini

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah x3 ...taubatku ini

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah x3 ...taubatku ini

BANJIR O BANJIR....































Sumber :www.bharian.com.my

Ucu Lina: Teringat zaman kecik-kecik dulu, bila banjir mesti sronok....Bila dah besar, tiba musim banjir terasa khuatir & penat nak memunggah barang-barang. Alhamdullilah kat Kedah tak banjir lagi, kalau tidak penat la nak pindah barang. Semoga mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu & Johor tabah menghadapi musibah ini.

Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia


"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.

Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.

"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.

"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.

"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.

Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.

Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.

Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.

Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.

Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air.

Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.

Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.

Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.

Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.

Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.

Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.

Sumber:www.bharian.com.my

Amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah


Amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). In Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat bertentanglah jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Nabi SW pula menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)"


Sumber : Ust Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)


Ucu Lina: Insya-Allah , sama-sama la kita puasa hari Rabu ini ( 9 Zulhijjah)takut tak sempat puasa tahun depan...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....

Friday, December 14, 2007

WANITA ACUAN AL-QURAN..

WANITA ACUAN AL-QURAN..

Wanita acuan Al-Quran ialah seorg
wanita yg beriman yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada
Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu

Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yg menjaga tuturkatanya
Yang tidak pernah bermegah dgn ilmu
yg dimilikiya
Yg tidak pernah bermegah dgn harta
dunia yg dicarinya
Yg sentiasa berbuat kebaikan kerana
sifatnya yg pelindung
Yg mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai ramai musuh

Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yg menghormati ibubapanya
Yg sentiasa berbakti kepada kedua ibubapanya
Yg bakal membahagiakan keharmonian
rumahtangga
Yg akan mendidik anak2 dan
membantu suami mendalami agama Islam
Yg auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yg mengamalkan cara hidup penuh
kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah
sementara menunggu akhirat

Wanita acuan Al-Quran sentiasa bersedia
untuk agamanya
Yg hidup di bawah naungan Al-Quran & mencontohi sifat Rasulullah SAW serta Wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah
Yg boleh diajak berbincang dan berbicara
Yg sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat Allah ke atas-Nya

Wanita acuan Al-Quran tidak pernah
membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yg suaranya lesu kerana kuat mengaji dan berzikir
Yg tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah
penuh kematangan

Wanita acuan Al-Quran sentiasa
mengingati mati
Yg baginya hidup di dunia adalah
ladang di akhirat
Yg mana buah kehidupan itu perlu
dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
bersama lelaki...

Wanita acuan Al-Quran ialah wanita yg tidak pernah terpesona dgn buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah impiannya
Bersama lelaki acuan Al-Quran ganjaran Allah SWT
Semoga diri ini menjadi wanita acuan Al-Quran..
AMIN….


Ucu Lina : Tersentuh...

Ulama Israil raikan majlis maksiat (Tafsir al-Maidah ayat 78-79)

Dilaknat pada zaman Nabi Isa a.s., apabila ada di kalangan Bani Israil menjadi babi kerana mendurhakai Allah.

Ada antaranya Allah mengurniakan mereka Nabi Isa a.s. yang dilahirkan daripada perempuan yang sangat solehah dan kuat beribadat kepada Allah iaitulah Mariam a.s.
Apabila Mariam mengandung Isa a.s., Mariam dituduh berzina, memang dia tidak mempunyai suami, lalu Allah membuktikan bahawa Mariam tidak berzina.
Anak yang dilahirkan itu kurniaan Allah yang menjadi tanda kebesaran-Nya. Setelah Allah menjadikan Adam a.s. tanpa ayah dan ibu, Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk Adam. Allah menjadikan Isa a.s. tanpa ayah.

Setelah Isa a.s. dilahirkan dan dalam keadan masih menyusu itu dibawa oleh Mariam a.s., Bani Israil datang mengerumuni Mariam sambil bertanya: "Wahai Mariam! Mengapa kamu melakukan ini (zina sehingga melahirkan Isa a.s.)?"
Mariam diperintah oleh Allah dengan wahyi daripada Malaikat Jibrail a.s. supaya jangan bercakap. Mariam diperintahkan berpuasa, termasuk tidak bercakap. Hanya mengisyaratkan supaya bertanyakan hal itu kepada anaknya yang masih bayi.
Tiba-tiba anak yang masih bayi itu bercakap: "Sesungguhnya aku hamba Allah," dan menjelaskan bahawa dia dilantik menjadi nabi, beliau telah berkata-kata pada usia bayi yang pada adatnya tidak menasabah bayi bertutur dengan fasih.

Beliau menegaskan beliau adalah seorang nabi dan rasul sebelum sampai usia dewasa. Allah mengurniakan makjizat kepada nabi Isa a.s., antara makjizatnya; boleh menceritakan kepada kanak-kanak sebaya dengannya di mana emak mereka di rumah menyembunyikan kuih yang siap dimasak.
Ini adalah antara mukjizat untuk membutikan Isa a.s. sebagai seorang nabi. Lalu mereka marah kepada Nabi Isa a.s.
Sesetengah kitab termasuk kitab jawi, 'Al-Jauharul Mauhuub Wamunabbihaatul Quluub' menyebut kisah ini.
Mereka mengurung kanak-kanak di satu tempat supaya tidak berkawan dengan Nabi Isa a.s. Ini bertujuan untuk memulau Nabi Isa a.s.

Dikurniakan oleh Allah mukjizat, apabila Isa bertanya di manakah kawan-kawannya, mereka menjawab tidak ada. Tetapi beliau bertanya pula siapakah yang dikurung itu? Dijawab itu babi.
Tiba-tiba kanak-kanak yang dikurung itu menjadi babi. Dan Allah boleh mengembalikan semula manusia yang menyerupai babi itu dengan izin-Nya.
Sementara itu berlaku beberapa kisah yang lain, selepas nabi Isa a.s. dibangkitkan menjadi rasul. Walaupun dalam riwayat ini ada antaranya berunsur Israiliyyat (cerita dibawa orang-orang Yahudi) jika tidak bercanggah dengan nas kita menerimanya. Jika sebaliknya wajib menolaknya.
Jika tiada nas ia menjadi cerita biasa. Itu adalah kekuasaan Allah dan menjadi dalil bahawa Allah melaknat Bani Israil.
Firman Allah yang bermaksud: "Yang demikian itu dengan sebab mereka itu mendurhakai Allah dan adalah mereka itu melampaui batas." (Surah al-Maidah: 78)
Allah menyebut kejahatan yang besar dilakukan oleh mereka terutamanya dari kalangan orang-orang alim mereka. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Adalah mereka itu tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan, alangkah buruknya perbuatan mereka itu." (Surah al-Maidah: 79)

Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Orang alim di kalangan mereka mendiamkan diri dan buat tidak mengetahui apa yang berlaku.
Hadis riwayat Imam Ahmad dari Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Ketika berlaku maksiat di kalangan Bani Israil, di peringkat awalnya orang-orang alim mereka mencegah perbuatan itu. Tiba-tiba bani Israil tidak mendengar tegahan itu dan terus melakukan maksiat. Selepas itu orang-orang alim duduk makan minum sekali dalam majlis mereka."

Selepas Bani Israil terus menerus melakukan maksiat, orang-orang alim tidak lagi bersungguh mencegah maksiat bahkan berkawan pula.
Jika ada jemputan ke majlis golongan maksiat mereka bersegera menghadiri majlis itu dan makan serta minum sekali dengan golongan tersebut.
Jika era sekarang hadir menjadi orang yang membaca doa majlis serupa dengan alasan sekadar membaca doa sahaja walaupn majlis maksiat.
Selepas menghadiri majlis berkenaan, orang-orang alim itu tidak lagi mencegah maksiat yang dilakukan walaupun golongan alim itu tidak melakukannya.

Oleh:Tn Guru Abdul Hadi Awang

Ucu Lina: Semoga Allah Taala memberi kita hidayah dan rahmat kepada kita semua...

Tepung gandum dijual 11 peratus melebihi harga kawalan

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan tepung gandum kegunaan umum dijual lebih tinggi sehingga melebihi 11 peratus daripada harga kawalan.

Tinjauan di beberapa tempat di Pulau Pinang mendapati ramai peruncit menjual tepung gandum pada harga RM1.50 sekilogram dan bukannya RM1.35 sekilogram.
Akta Kawalan Harga 1946 (Semakan 1973) Seksyen 5(1) menyatakan sesiapa yang menjual barangan harga kawalan pada harga yang melebihi harga kawalan adalah menjadi satu kesalahan.
Peruncit mendapati sukar untuk mendapatkan bekalan tepung gandum daripada pemborong. Sesetengah peruncit berkata mereka terpaksa menunggu beberapa hari sebelum mereka mendapat stok baru tepung gandum, biasanya peruncit akan mendapat bekalan tepung gandun dalam tempoh satu atau dua hari sahaja.

Peruncit juga tidak mendapat stok sepertimana yang dikehendaki kerana apabila mereka memesan lima beg tepung mereka hanya mendapat dua beg sahaja daripada pemborong.
Oleh sebab itu CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil tindakan tegas ke atas pemborong dan peruncit tepung gandum serta memastikan bekalan yang mencukupi di pasaran.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris


Ucu Lina: Alhamdullilah raya Aidiladha, orang makan daging banyak kalau tidak belanja kuih raya meningkat la tahun ni....

Wednesday, December 12, 2007

WARNA & KAREKTOR:

WARNA & KAREKTOR:

Percaya atau tidak, warna mampu menterjemahkan sesuatu perasaan dan mewakili cita rasa keperibadian seseorang. Malah, warna juga dikatakan mampu mentafsir kelebihan dan seseorang seperti kuat cemburu, berhati lembut dan kuat penggoda!
Berikut adalah kumpulan warna dan terjemahan maksud di sebalik kesan pembawaan kepada pemakainya dari sudut positif dan negatif.

MERAH JAMBU:
Positif: - Memiliki karektor tegas dan jujur.
- Suka membantu orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

Negatif:- Tidak suka dibantah dan suka mendesak dalam memenuhi kehendak sendiri.

MERAH:
Positif: - Karektor keberanian,jujur,bersikap terbuka,berdisplin dan tegas.
- Ingin menjadi pusat perhatian dan secara tidak langsung gemar untuk mencuba apa saja.
- Periang dan suka memberi serta menerima kasih sayang.

Negatif:
- Pendendam, tamak dan mudah tersinggung.

KUNING:
Positif:
- Membawa eleman halus dan lembut.
- Memiliki sifat kasih sayang,bersopan santun dan personaliti yang ceria
- Berfikiran positif dan pesona luar biasa.
- Sangat setia pada pasangan.

Negatif:
- Mudah menangis dan cepat mengaku kalah.
- Sikap aggresif kadang-kala membuatkan pasangan tidak selesa.

HIJAU:
Positif:
- Tekun dalam semua perkara dan jujur dalam bekerja.
- Sukakan kedamaian dan kehormanian serta pencipta ilmu.

Negatif:
- Mudah tertipu dan kadangkala pendirian teguh membuatkan anda bersifat ortodok.

COKLAT:
Positif:
- Jika penggemar warna ini adalah wanita, dia kaya dengan sifat keibuan.
- Begitu merendah diri dan halus budi pekerti.
- Anda juga gemar menambah ilmu di dada.

Negatif:
- Mudah mempercayai orang lain dan senang untuk dipujuk.

HITAM:
Positif:
- Baik hati, prihatin dan cekal meniti hari mendatang.
- Matang dan tidak mudah dipengaruhi orang lain serta setia pada pasangan.

Negatif:
- Mudah tersinggung
- Suka menyendiri.

KELABU
Positif:
- Suka merendah diri dan mudah mengikut kata.
- Tenang dan mudah mengalah demi kebahagian orang lain.

Negatif:
- Sensitif, mudah menangis dan ada sifat pemalas.

JINGGA:
Positif:
- Bersikap jujur,rajin bekerja dan bercita-cita tinggi.

Negatif:
- Mudah mengalah dengan tekanan dan suka menangis.

BIRU:
Positif:
- Aura kesejukan yang dibawa warna ini menjadikannya warna kegemaran ramai.
- Cintakan kedamaian.
- Pandai menyimpan wang dan harta benda.
- Personaliti yang disukai ramai.

Negatif:
- Terlalu memaksa orang lain dengan kehendak anda.
- Kadang-kala mempunyai sifat angkuh.


Sumber: www.bharian.com



Ucu Lina: Apapun pilihan warna kegemaran anda, tak kisah la asalkan anda bahagia...Kalu nak p temuduga tu pilihlah warna yang sesuai supaya nampak anda OK... Yang baik jadi amalan dan yang buruk jangan disimpan, buang terus...Baru anda selamat dunia & akhirat.

Your Mother...






Your Mother
Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who�d pick you up?
Clear your cut?
No one but
Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasul-Allah?

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cries who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Oooooh sing children of the world
Come together and hear the call
Sing children of the world
Islam will unite us all

Sing children of the world
Come together and hear the call
Sing children of the world
Islam will unite us all

Subhanallah, walhamdulillah, wallaahu akbar
Subhanallah, walhamdulillah, wallaahu akbar

Ucu Lina: Dedicated this song to all my niece & nephew; Imah,Ichah,Naim, Pijun,Pijan,Syikin,Ain,Najmi,Putra,Husni,Muhsin, Che Timah , Anis and Hatim
Happy Holiday.....

Tuesday, December 11, 2007

Cara Buat Duit Diinternet

Terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-
1. Perniagaan Internet ( Hijau)
2. Program Internet (Oren)
3. Pelaburan Internet (Merah)

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk.
Iaitu , sama ada "perniagaan yang berasaskan" produk ataupun "perniagaan yang berasaskan perkhidmatan".
Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan
Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-
· Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
· Perkhidmatan membina website
· Perkhidmatan memasang perisian.
· Perkhidmatan webhosting
· Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk
Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.
Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-
Produk Fizikal
· Menjual Tikar
· Menjual Alat Penjimatan Eletrik
· Menjual Buku
· Menjual Peta
· Menjual Model Kapal Terbang
· Menjual Menjual CD multimedia
· Menjual CadarProduk Digital
· Menjual Ebook
· Menjual Perisian-perisian
· Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
· Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
· Menjual video-video tutorial
· dan bermacam-macam lagi...
Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.).
Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali.
Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", "Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.

2) Program Internet
Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu "membina perniagaan internet".
Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-
· Program Pengiklanan
o Google Adsense
o Text-Links-Ads
o Bidvertiser
o Nuffnang
o Advertlets
· Program Affiliate
o Clickbank
o Commision Junction
o PayDotCom
o Amazon.com
· Internet MLM
· Get Paid To Program
o Get Paid to Read Email
o Get Paid to Surf
o Get Paid to Survey
· Randomizer
· Forced Matrix
Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh

Sumber: www.zaharuddin.net

Ucu Lina: Semoga anda semua dapat manafaat dari internet..Jgn guna untuk tipu org sudah le... Rugi kalau tak guna kemudahan yang ada untuk menambah pendapatan...

Sunday, December 9, 2007

Dilema




Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
c/o
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Buku Pilihan 2:

Buku: Nilai Cinta Menurut Al-Quran
Judul asal : Al- Hubb Fill Quran
Karya asal: Dr MAhmud Bin Asy-Syarif


" Barang siapa yang mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah,maka sempurnalah imannya"


Adakalanya orang mengerutkan dahinya ketika mendengar kata " cinta" dalam al-Quran... Kadangkala ia memalingkan mukanya,ber-hauqalah ( mengucapkan " laa jaula walaa quwwata illaa bilaah") dan meminta perlindungan dari tema ini dan dari orangnya.

Hakikat cinta sebenarnya adalah kehidupan spiritual. Cinta berasal dari Allah dan untuk Allah. Cinta kepada selain-Nya hanyalah dimensi cinta kepada-Nya. Kekeliruan dalam memahami masalah cinta akan membuat keyakinan seseorang menjadi tempang, sebab ia akan mencampuradukkan antara cinta mutlak dengan cinta nisbi..


Jelmaan cinta tersebut adalah hadirnya agama kita, Islam. Agama rahmatal lil'alamin yang menyerukan cinta: cinta kepada Allah, cinta kepada Rasullah SAW, kepada agama, kepada akidah dan kepada sesama makhluk, sebagaimana Allah menjadikan kecintaan antara suami-isteri sebagai bahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya. Buku ini hadir adalah untuk menjelaskan hakikat cinta , jenis-jenis dan penjelasannnya.


Ucu Lina: Buku ini memberikan gambaran nilai cinta dalam Islam. Cinta dlm Islam adalah kaedah yang ada batas.. Ia adalah jalan, petunjuk,simpulan dan ikatan.. Penghuraian yang sistematik dan mudah difahami dan kisah-kisah cinta wali Allah turut dimuat didalam buku ini. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan kepada kita yang sedang mencari CINTA....

Buku Pilihan 1:


Nama buku: Muslimah Inilah Cara Hidupmu
Karya : Sheikh Abdullah Bin Jarullah BIn Ibrahim Jarullah

" Wanita memang penuh dengan rahsia. Disanjung dan disayang di sejagat maya sepenuh masa.
WANITA sebagai ibu, teriktiraf di setiap dada.
WANITA sebagai isteri , terkenang di setiap lubuk manusia.
WANITA sebagai kekasih, terbayang pada setiap masa.
WANITA sebagi wanita terukir di dalam kitabullah."

" Penyair menggubah bait syahdu wanita dalam rindu.
Penyayi berdendang, memuji wanita dalam lagu.
Pelukis mengabdikan keindahan wanita dengan mata sayu.
ISLAM mengangkat darjat wanita setelah mengalami pasang surut dan terbelenggu."

Wanita dikaji dan ditelaah. Kekhususannya memerlukan perhatian dan pembahasan tersendiri. Buku ini membahaskan tentang wanita dari semua aspek. Ia memberi satu panduan kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini...



Ucu Lina: "Buku ini memang perlu dibaca oleh setiap yang bergelar wanita... Terlalu banyak yang kita lalai dan memandang sepi persolan berkaitan wanita. Semoga Allah Taala memberi hidayah kepada kita semua."


Wednesday, December 5, 2007

Nur Tuhan..

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

c/o
Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Ke manakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti ditempa
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi

Himpun doa dipohon harapan
Pinta Rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengn Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

WANITA...




Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi..

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk..

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..

Engkaulah wanita istimewa..

Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Tuesday, December 4, 2007

BERSEDERHANALAH DALAM PENAMPILAN

Ketika saya hendak membeli Majalah i keluaran bulan September 2007, saya berasa agak terkejut melihatkan hiasan dan penghias muka hadapan majalah tersebut. Sebelum ini, saya mengharapkan majalah 'Islamik' yang agak unik dari segi pengisiannya ini lain dari yang lain, atau luarannya pun lain dari yang lain, tidak menjadi ikut-ikutan pada kebanyakan majalah yang bertebaran di luar sana tu, yang menjadikan muka dan wajah wanita yang cantik, menarik dan tertarik sebagai daya penarik untuk orang ramai membeli majalah mereka.

Ternyata tanggapan saya meleset. Nampak gaya Majalah i pun sama sahaja dengan majalah-majalah seperti Nur dan Anis yang 'Islamik' dan 'Solehah'. Wajah wanita yang asalnya sudah cantik ditambah lagi dengan pelbagai 'bahan perisa' dan 'bahan pengawet' DIPERBESARKAN sebegitu rupa.Tidak cukup dengan wanita yang tidak menutup aurat dan tubuh badan wanita yang separuh bogel serta cukup menarik dengan hiasan kosmetiknya dijadikan penghias kulit majalah-majalah lain, majalah-majalah 'Islamik' juga tidak mahu ketinggalan zaman. Yang bezanya cuma pada tudung, baju dan kainnya yang menutup aurat.

Asasnya masih 'terjajah' dengan kaedah mengeksploitasi wanita untuk keuntungan duniawi.Memang benar Islam tidak menentukan fesyen dan tidak mengharamkan perhiasan selagi ianya tidak bertentangan dengan nas dan maqasid syariah. Tetapi Islam sangat menganjurkan kita bersederhana dalam semua perkara. Banyak kebaikan dan manfaat dari keburukan dan mudarat yang boleh diperoleh dengan cara bersederhana.Begitulah yang kita anjurkan kepada semua wanita Islam agar mereka bersederhana dalam penampilan. Ini agar mereka lebih dihormati, disegani dan mampu menundukkan nafsu mata lelaki yang memandang atau terpandang. Bahkan, wanita yang bersederhana dalam penampilan ini mampu meniup kemanisan iman ke dalam hati para lelaki yang berpenyakit hati.

Manakala jika wanita ini terlalu ingin bergaya, berfesyen dan berhias kerana ingin kelihatan cantik, menarik dan tertarik, maka mereka sendiri yang sedang mengundang bahaya pada diri mereka sendiri. Lelaki yang mempunyai penyakit hati -bahkan yang normal sekalipun- boleh naik nafsunya walaupun mereka rasa sudah menutup aurat dari segi asasnya.Lelaki akan menganggap wanita jenis ini boleh diusik, dikacau, diganggu, 'disiul', 'diayat', 'dihai-hai', 'dibye-bye' dan ditarik ke lembah hina.

Lagipun, bukankah wanita ini ingin kelihatan menarik dan tertarik sehingga menyebabkan diri mereka yang lemah itu ditarik oleh lelaki ini?Allah berfirman:"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" . (Al-Ahzab: 59)

Dalam satu forum internet, saya ada terbaca satu pandangan oleh seorang lelaki yang berbentuk luahan perasaan. Dia mengatakan bahawa dia agak terkejut kerana terpandang pada dinding bilik dan wallpaper komputer rakannya yang dihiasi dengan wajah dan diri wanita Islam yang menutup aurat -termasuk ustazah- yang penampilan mereka begitu dan terlampau bergaya, berfesyen dan berhias untuk kelihatan up to date.Malang sekali para suami -termasuk ustaz- kepada wanita-wanita ini begitu bangga sekali -secara tidak sedar- isteri dan anak perempuan mereka dijadikan bahan pemuas nafsu kaum sejenis mereka. Nampak gaya menutup aurat seperti ini tidak cukup menundukkan nafsu lelaki yang berpenyakit hati.

Allah berfirman:"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". (An-Nur: 31)

Barat berjaya menyatakan pada seluruh dunia bahawa kecantikan fizikal dan luaran adalah segala-galanya. Kecantikan luaran dijadikan asas penilaian terhadap seseorang individu sama ada dia seorang yang mempunyai personaliti dan perwatakan menarik atau tidak. Wanita yang cantik dengan memakai gincu dan baju yang cantik dinilai sebagai berpersonaliti menarik.

Manakala wanita yang bersederhana, tidak bergincu, tetapi cukup bersih dan kemas, masih lagi tidak cukup untuk dinilai sebagai mempunyai personaliti menarik.Perkara ini bukan sahaja berlaku pada wanita, tetapi juga orang lelaki. Wanita Islam yang tetap setia dengan fesyen tudung labuh dan jubah serta tidak bergincu dipandang selekeh dan tidak up to date walaupun penampilan mereka kemas dan bersih. Lelaki muslim yang memakai serban, kopiah, jubah, baju raihan juga dipandang sinis oleh masyarakat dan dianggap sebagai tidak berpersonaliti menarik walaupun penampilan mereka kemas dan bersih. Yang menarik pada anggapan mereka hanyalah yang memakai kemeja, tali leher dan kot serta rambut gaya fesyen David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Itu belum termasuk dengan pelbagai alat kosmetik dan krim pencerah dan pemutih kulit yang secara tidak langsung MENGHINA kejadian asal ciptaan Allah. Bahkan, wanita-wanita yang sanggup dibayar lumayan sebagai jurucakap dan model pada alat kosmetik ini juga secara tidak langsung MENGHINA kaum sejenis mereka sendiri.Mereka sebenarnya ingin memberitahu kepada wanita bahawa "Anda tidak cantik atau belum cantik jika tidak bergincu" atau "Anda memang tidak cantik kerana Allah telah ciptakan anda berkulit gelap maka anda perlu gunakan krim pencerah dan pemutih kulit".

Cukuplah sudah berlambak wanita-wanita Barat dan Timur yang bukan Islam yang beriman dengan falsafah kecantikan seperti ini sanggup dibayar mahal dan lumayan untuk mendedahkan kecantikan dan perhiasan diri mereka. Cukuplah mereka ini sudah banyak menjadi fitnah dengan merangsang nafsu kaum lelaki yang akhirnya tewas secara sedar atau tidak. Tidak perlulah wanita Islam yang kelihatan menutup aurat- juga turut sama menjadi agen fitnah dan perangsang nafsu.Bersederhanalah dalam penampilan diri. Jadikan penampilan diri anda boleh meningkatkan iman orang lain yang memandang anda, bukan meningkatkan nafsunya.

Insya-Allah anda tidak termasuk di kalangan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW dalam hadis ini:"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)Sebaliknya, anda akan termasuk di kalangan wanita yang dimaksudkan oleh Nabi SAW:"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Bergayalah, berfesyenlah dan berhiaslah sepuas-puasnya di hadapan suami anda. Tetapi, di hadapan lelaki lain, bersederhanalah dalam penampilan. Dunia akan bertambah aman dan selamat. Apatah lagi di akhirat.

Sumber:www.mendidik.blogspot.com

Kahwin kerana Allah

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia.
Kasih pudar tanpa agama
ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia.
Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi.Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari.

Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan.Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka.Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.“Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.“Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas,” katanya.Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

“Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti.” (Riwayat Abu Hurairah)Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik.Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.”Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri.

Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri.Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh.

“Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan,” katanya.Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari.“Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.“Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya.“Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.“Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik,” katanya.

Sumber:www.hmetro.com.my

Ucu Lina: Islam itu agama fitrah, terserah kepada kita untuk menghayatinya dan mengamalkannya....Takut jugak kalau tak dapat amalkan..